Lama tidak mempunyai cerita tentang dirinya, personaliti media sosial transgender asal dari Indonesia iaitu Lucinta Luna, baru-baru ini, ada meluahkan bahawa dia menyimpan hasrat mahu mengerjakan umrah di Mekah dalam masa terdekat. Bagaimanapun kata Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fattah, dia berjanji akan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci sebagai seorang lelaki kerana tidak mahu mempersendakan agama. Bahkan, personaliti media sosial itu sanggup bersumpah jika diberi rezeki untuk jejak ke sana, dia akan tampil sebagai seorang lelaki.
|
ADVERTISEMENT