CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jelajah Dunia Akhir BWF: Penyertaan Zii Jia dibatalkan kerana tarik diri akibat kecederaan

13-12-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 48757| Komen: 4

 


Kuala Lumpur: Penyertaan Lee Zii Jia di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China dibatalkan selepas dia menarik diri ketika perlawanan ketiga peringkat Kumpulan A berdepan wakil tuan rumah, Li Shi Feng.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu terpaksa membuat keputusan itu kerana mengalami kecederaan pada buku lali kanannya.

Ekoran daripada situasi itu bermakna tidak dia tidak akan lagi meneruskan perjuangan memburu gelaran juara di Jelajah Dunia Akhir itu.

Zii Jia sebenarnya berada di dalam keadaan selesa untuk meraih kemenangan dalam aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, apabila memenangi set pertama 22-20 dan sedang mendahului 13-5 di set kedua sebelum dia dihantui kecederaan buku lali kanan.

Dia dilihat untuk cuba meneruskan permainan namun akhirnya membuat keputusan ketika mendahului 15-11.

Kecederaan yang dialami Zii Jia yang kini berada di ranking kelapan dunia dilihat agak serius sehingga terpaksa meninggalkan gelanggang menggunakan kerusi roda.


Ketua Komunikasi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Lloyd Green dalam kenyataan ringkasnya kepada media mengesahkan keadaan itu berdasarkan peraturan yang ditetapkan badan induk itu.

"Zii Jia mengalami kecederaan bulu lali kanan. Disebabkan dia menarik diri, semua keputusan perlawanannya dibatalkan," katanya.

Tindakan menarik diri itu menyaksikan kemenangannya dalam dua perlawanan awal sebelum ini ke atas jaguh Taiwan, Chou Tien Chen dan Anders Antonsen dari Denmark yang mana dia sudah pun mengesahkan tempatnya ke separuh akhir dibatalkan.


SUMBER : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyLON. 14-12-2024 06:07 AM
Malang betul nasib Jia.
Semi final da depan mata.
Quote aavakateimani 14-12-2024 09:17 AM
gws zii jia
Quote aavakateimani 14-12-2024 09:18 AM
dia belakon mmg best
Quote orkid_amani 14-12-2024 12:06 PM
Sygnya dah leading jauh kot tinggai kan SYQ tuu..mmg boleh asal main tp tetap laa drag ke rubber set. Dah tu xkn dgn condition kaki tegeliat tu nk main lg SF..jumpa lg 2025 world tournament final. Harap LZJ dapat masuk final..dia pun dah berumoq dah tuu..skg ni Kunlavut tgh on fire

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.146485 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top