CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kami usaha cuma tak diceritakan, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha’ - Zain Saidin

14-12-2024 08:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 46498| Komen: 81

 


“Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya.”

Demikian respons pelakon Zain Saidin apabila siaran langsung TikToknya hari ini dibanjiri dengan komen netizen yang meminta isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta melangsaikan hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah hampir RM1 juta.

Menurut Zain, pihaknya juga berusaha untuk menyelesaikan kemelut tersebut dan berniaga dalam media sosial adalah salah satu insiatif yang dilakukan mereka.

Kita usaha. Siapa yang beli minyak wangi ini, itu rezeki saya. Saya jual benda yang baik.

“Bukannya kami duduk sahaja. Macam saya cakap, pihak kita pun ada juga usaha sebenarnya. Bukan relaks dan anggap tiada hal dengan semua yang berlaku.

“Cuma apa yang kami usahakan itu tidak diceritakan. Jadi biasalah,” katanya.

Membalas komen netizen yang mendakwa isterinya kerap menayang kemewahan sebelum ini, Zain menegaskan semua itu dilihat satu bentuk rezeki dan tiada niat untuk bersifat riak.


Kami bukan tunjuk mewah dan hanya ambil gambar seperti biasa. Tiada niat menunjuk

“Adakah memakai baju raya cantik-cantik itu nak menunjuk? Pergi bercuti takkan hanya bawa dua pasang baju sahaja?” ujarnya.

Terdahulu pada 10 Disember lalu, rumah pelakon drama Kiah Pekasam itu diserbu pihak Mara untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.

Serbuan tersebut dilakukan selepas Che Ta dikatakan tidak membayar hutang pinjaman dari agensi terbabit hampir RM1 juta. 

Sumber : Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_jeangrey 14-12-2024 09:36 PM
So yg korang anak beranak lari dr MARA tu dah kenapa? Kalau sembang tak pernah tak mendongak langit..byr tax ratus sebulan kunun


Quote LadyCarefree 14-12-2024 09:43 PM
Pergilah kerja kat McD ka Starbucks.
Quote Whitney72 14-12-2024 09:48 PM
Ur head Mr Bimbo...hutang tu since 2017 onwards kan...bknnnya baru2 ni..nk kelentong pun agak - agak lar...muka hensem tp poyo..
Quote sharlenetexas 14-12-2024 10:04 PM
Adakah mereka akan berantakan juga? Wife dan anak tiri dah nak muflis.


Quote Nurdianah 14-12-2024 10:10 PM
IMG_8939.jpeg IMG_8940.gif
Quote Hoola 14-12-2024 10:44 PM
Edited by Hoola at 14-12-2024 10:47 PM

lavish lifestyle

moga sedar diri la para2 ratu raja showoff in da making aka inplienza retis pounder2 dan para2 maknusia non ol money
tyg bole cuma jgn lvl piraun je la
nknflex pum poket tu ukuq bj di bdm sndiri

apa tujuan prngai typikal mcm achik2bedah kiah senah nk bersaing tjk kaya
mak2 datim br jd datim pun ada culture shock

kami netijem xheran pummmmmm
saya ulammm...kami xheramm
bkn jeles yaaa
sbb kami bkn hamba material


Quote gekkou 14-12-2024 10:50 PM
laki mengaku berhutang
meanwhile bini in denial
siap kata fitnah
muka laki pun keroh

Quote fadz84 14-12-2024 10:54 PM
Org kalau berhutang, prioriti settle hutang tu dulu.. ini ada duit korg tunjuk kemewahan dulu.. better xyah la bg statement apa2 buat masa skrg..
Quote Whitney72 14-12-2024 10:55 PM
Nurdianah replied at 14-12-2024 10:10 PM

Gitu Wendy William mencemuh...
Quote wafeloren 14-12-2024 10:58 PM
Sian zain. Iols xnk la megomen apa2 bukan iols yg mengalaminya. Mereka je tahu perasaannya mcm mana. Nk cakap apa pun ssh kan mara dengan rakyat marhaen pun dia keras. Apetah lg retis. Semoga dimudahkan n jgn teruk sngt kerja tu zain. Jaga diri ya.
Quote dinmur01 14-12-2024 11:04 PM
Sebab tu aku kalau tengok orang kaya belim tentu kaya betul hutang keliling pinggang.komitmen besar tapi orang kampung nampak miskin banyak yg rumah dah tak payah bayar tanah pun sendiri berekar ekar emas lagi
Quote BlackpingU 14-12-2024 11:07 PM
Lembam rupanya laki fakeTa ni ...tayang kemewahan tak de niat menunjuk atau riak, kata jen sadin
Quote rosevelvet 14-12-2024 11:44 PM
Org berhutang x pg holiday la mangkuk... Apatah lg pikir nk bwk baju berkoyan2
Quote imanjannah 15-12-2024 12:18 AM
pengajaran buat mereka dan kita semua, kalau mahu ambil p3ngajaran la, jgn la lepas ni pun masih x berubah, hutang tetap kena selesaikan
Quote green~tea 15-12-2024 12:23 AM
Macam popeye pulak zain ni bila makin tua
Quote lolipopmanish 15-12-2024 12:29 AM
Kalau usaha mesti ada membayar sikit tetiap bulan

Menipu tak beragak

Hujung2 kumpul utang sampai sejuta
Quote Nurdianah 15-12-2024 12:40 AM
Whitney72 replied at 14-12-2024 10:55 PM
Gitu Wendy William mencemuh...

balik semula ke taipan subang jaya apartment jew lah noks..
apa guna duduk vanglow kalau kolam pon berlumut x boleh maintain….
hanya nak sedapkan hati dan ego bini terpaling high ex model sajor hakikatnya utang bertimbun!!
Quote masnona 15-12-2024 12:42 AM
Semoga tabah la cikta. Skolah ecah tu adakah disponsor jgk ??
Quote Akalditipumata 15-12-2024 01:26 AM
Tp org yg berhutang.. baju raya xsmpai puluh2.. kekdg pkai yg lama2 . Org yg berhutang xkn pergi bercuti.. sbb bercuti tu perlukan modal yg byk... Dr g bercuti n beli baju raya baik byr hutang..

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.154834 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top