Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih apabila bekal makanan yang dibawa untuk dijamah ketika bercuti di Jepun telah dirampas oleh pihak imigresen baru-baru ini. Zarina berkata dia gigih menyediakan makanan dan lauk dari Malaysia kerana bimbang akan harga makanan yang agak mahal di negara matahari terbit itu. "Saya punyalah gigih masak gulai Ayam Kampung, masak rendang daging dan ayam, daging blackpepper, gulai lemak daging salai dan ayam salted egg." "Semua kena tahan selepas di declare, saya ingat lepas sebab semua saya simpan dalam satu kotak." "Yang lepas sotong salted egg dan kuah kari serta pulut kuning. Ingat nak jimat perbelanjaan sudahnya sedih." "Nak bawa anak-anak berjalan tempat macam ini semua mahal." Perkara ini telah dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. Pelakon itu turut memberitahu dia memilih untuk bercuti ke luar negara kerana sudah beberapa kali gagal menunaikan janji dengan anak-anak.
|
dewi_rina replied at 18-12-2024 05:09 PM
Ibarat nak masuk waterpark, sorok makanan bawah baju.. Sbb nak jimat, makanan dalam tu mahal, nasi l ...
Zeelalala replied at 18-12-2024 04:54 PM
Hurrmmmm...kalau nak bawa juga maybe lain kali kene buat retot dulu..lantaklah ejaan aku betul ke sa ...
princessmiang replied at 18-12-2024 05:13 PM
Lain kali nak g negara orang tu study dulu apa yang bole apa yang tidak. Last time pergi boleh je ba ...
ADVERTISEMENT