CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas pekerja cabut lari nampak suami Azza Elite, tergamak tinggalkan bini di pasar

1-1-2025 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19696| Komen: 13|Original author: Raline


 


Bekas pekerja penyanyi Azza Elite yang didakwa mencuri wang syarikat bertindak melarikan diri ketika terserempak dengan suaminya di sebuah pasar raya di Ukay Perdana, Selangor.

Azza atau Nor Azzarima Zawari, 47, berkata, lelaki berkenaan juga tergamak tinggalkan isterinya di pasar raya tersebut semata-mata mahu mengelak dari bersemuka dengan suaminya.

"Tadi terjumpa suami saya, kenapa awak lari? Saya tak fahamlah. Dia boleh pula buat seolah-olah macam tiada apa.

"Dia sampai tinggalkan isteri dia di Giant, Ukay Perdana sebab nak lari daripada suami saya.

"Tetapi suami saya tak sempat kejar, dia dah lesap dulu," katanya menerusi Instagram pada Isnin.


Berserta kapsyen, Azza turut memuat naik foto memaparkan wajah bekas pekerjanya itu

Meskipun sudah membuat laporan polis sejak Oktober lalu, Azza memberitahu usaha menjejaki keberadaan lelaki terbabit masih gagal sehingga kini.

Jelasnya, dia tiada pilihan selain menyebarkan gambar bekas pekerjanya itu di platform media sosial atas nasihat pihak polis.

"Polis Gombak cari dia tak dapat, polis Ampang pun sama. Habis itu siapa nak tangkap penipu ini?

"Polis minta saya viralkan muka dia senang sikit. Sesiapa nampak Aliff di Ukay Perdana, tolonglah bawa dia ke mana-mana balai," jelasnya.

Pada 8 Oktober lalu, Azza meluahkan rasa kesal dengan tindakan pekerjanya mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan.

Kata Azza, perkerja itu menukarkan kod QR yang mana setiap hasil jualan terus ke akaun peribadinya.

Individu tersebut dipercayai sudah melakukan perbuatan itu selama tiga bulan tanpa dia sedari.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 1-1-2025 01:29 PM
summary, maleh plak membaca.. eben membaca amalan mulia.. hehehehehe
jgn kecam mek!!
Quote sleepandream 1-1-2025 02:16 PM
ambik duit haram ni kejap je tuhan tunjuk cash...
Quote lilacomot 1-1-2025 02:22 PM
Dh tau alamat umh pun polis xdpt tgkap??
Patut scammer berleluasa...
Quote Burong_Hantuk 1-1-2025 02:33 PM
Quote makita 1-1-2025 08:22 PM
Igt lari sbb takut tgok muka nek azza sireh
Quote doubleA 1-1-2025 09:13 PM
Wow kerja dgn org pun mampu verangan nak beli vellfire ko. Mampu ke nak sara vellfire tu bulan2 dasyat financial planning deme
Quote Shayang 1-1-2025 09:13 PM
Kagum aku baca abis hahah
Cemana laa bleh hidup sbg scammer
Siap duit masuk acc bini sbg nafkah

Quote Shayang 1-1-2025 09:16 PM
Edited by Shayang at 1-1-2025 09:21 PM
miemiecha replied at 1-1-2025 01:29 PM
summary, maleh plak membaca.. eben membaca amalan mulia.. hehehehehe
jgn kecam mek!!


Mamat ni scammer
Keje ngn dia dan amik duit kek
Kira mmg mcm2 kes dah dia ni buat
Kalau google nama dia ada la nampak
Aku jumpa mcm sblm ni dia penah tipu student
Muka sama tp macam muda/filter
Azza ada sebut amik duit PS kek
Yg ni aku pun tak paham sgt,

Quote chenta_dewi 1-1-2025 11:34 PM
Lah..mmg la tau azza ni ukay perdana..tp jodoh betul..

Kebetulan rumah yg aku sewaan blok yg sama..blok D springville..azza ni pulak buka kedai dia kat apartment rumah aku duduk..
Quote miemiecha 4-1-2025 01:40 PM
Shayang replied at 1-1-2025 09:16 PM
Mamat ni scammer
Keje ngn dia dan amik duit kek
Kira mmg mcm2 kes dah dia ni buat

aa tq summerrrrriiiirrr..
muah lebiu..
jahat lah spesis camni, patut mereput lam penjara.. org lain bersusah payah, dai mai scam mkn ataih peluh org. hareeee
Quote ezacbee 4-1-2025 02:15 PM
Dah ada alamat nape polis x tangkap? Pelik.
Quote sukacactus 4-1-2025 05:42 PM
Malasnya polis…suruh kita pulak buat tindakan sdr
Diorang jg vip je kot eh
Quote badai 6-1-2025 09:24 AM
polis apoooo..... lemah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.158507 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top