Batu Pahat: Dua rakan dipenjara 18 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri pelbagai peralatan digunakan untuk tarian singa, bulan lalu. Tanesh Aromugom, 45, dan Vino Deva Ramachandran, 41, masing-masing bekerja sendiri dan pemandu lori, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan pecah rumah dan melarikan beberapa peralatan tarian singa antaranya simbal, set besi meletakkan drum, gong, tiang bendera dan besi tapak tarian. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Orchard Height di sini, jam 9 malam, 31 Disember lalu. Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga lima tahun dan denda.
Berdasarkan fakta kes, pada jam 11 pagi, 1 Januari lalu, pengadu yang juga pemilik rumah berusia 26 tahun membuat laporan polis selepas mendapati pintu belakang rumahnya dipecah penjenayah. Bertindak atas laporan itu, polis berjaya menahan kedua-dua tertuduh di lokasi berasingan dan tangkapan itu sekali gus membolehkan polis menemui semula peralatan tarian singa yang dilarikan kedua-dua tertuduh. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip dan Pegawai Pendakwa Inspektor Ling Shao Shen manakala tertuduh diwakili Kamarularifin Nordin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa pada tarikh tertuduh ditahan iaitu 1 Januari lalu. Dalam pada itu, di mahkamah sama, Tanesh turut mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan dadah selepas air kencing positif methampethamin. Sumber : Harian Metro |
figurae replied at 9-1-2025 09:56 AM
nak buat apa curi semua tu?
salimrock replied at 9-1-2025 10:20 AM
semua nak rembat nya...
sharlenetexas: Korang nak menyinga kat mana?
figurae replied at 9-1-2025 01:56 AM
nak buat apa curi semua tu?
ADVERTISEMENT