CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat daripada terkena bom nuklear – Donald Trump

17-1-2025 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27442| Komen: 11|Original author: Raline

 


WASHINGTON –  Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membandingkan kemusnahan akibat kebakaran besar di Los Angeles dengan serangan nuklear, lapor portal berita RT kelmarin.

Beliau memberi amaran, jumlah kematian dijangka meningkat susulan kebakaran hutan itu  yang bermula minggu lalu.

Trump turut mengkritik kepimpinan California, khususnya gabenor negeri itu, Gavin Newsom selain menyatakan, kesilapan tadbir urus telah memburukkan lagi krisis tersebut.

Kebakaran hutan di selatan California itu meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa, memusnahkan lebih 16,000 hektar kawasan bersama lebih 12,000 bangunan serta meratakan seluruh kejiranan.

Dalam temu bual bersama portal berita Newsmax, Trump berkata, pasukan penyelamat akan menemui banyak  lagi mayat dalam masa terdekat. Beliau juga menyuarakan rasa keliru terhadap skala kemusnahan begitu besar di Los Angeles.

“Saya percaya kerosakan ini lebih besar daripada Los Angeles terkena senjata nuklear. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. Tiada apa yang berdiri,” kata Trump.

Beliau mendakwa bahawa malapetaka itu jauh lebih buruk daripada yang apa yang dilihat di kaca televisyen.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 16-1-2025 11:17 PM
Alhamdulillah..syukur..
Quote Buritan 17-1-2025 08:46 AM
Ko kayee trump oiii.. bina aje le balik.. ape susah..
Quote Decaffeinated 17-1-2025 09:05 AM
Biasanya kalau ada yang gembira melihat orang lain ditimpa musibah tu sebab hidup dia sedih.
Quote KamikuP 17-1-2025 04:19 PM
aLHAMDULILLAH.. saya gembira dengan berita ini
Quote sarah_ary2 17-1-2025 04:32 PM
bukan kesan nuklear tue sampai sekarang ka? sampai tempat tue kene tutup and kalau nak dtg kene pakai baju bertutup kan sebab radiation
Quote kakigebang 17-1-2025 07:16 PM
Decaffeinated replied at 17-1-2025 09:05 AM
Biasanya kalau ada yang gembira melihat orang lain ditimpa musibah tu sebab hidup dia sedih.

Sedih pun sedih la..janji aku gumbira..hHhHHhHhahahahah
Quote syamzana 17-1-2025 08:14 PM
iols tmpg bersimpati utk org2 yg mengalami kemusnahan, wpun ditadbir pemerintah keji tak bermakna rakyatnya pun sealiran (pendapat i)
tapi nak samakan kemusnahan kebakaran ni dgn nuklear membongak tak hengattt org tua ni. dia compare dgn kemusnahan nuklear kat mana tu agaknya. drama!!
at least kebakaran ni ramai je sempat lari kalau banding dgn gempa turki aritu lagi teruk kot dgn mangsa2 ramai penyek mati.
Quote Decaffeinated 17-1-2025 11:47 PM
kakigebang replied at 17-1-2025 07:16 PM
Sedih pun sedih la..janji aku gumbira..hHhHHhHhahahahah

Hari2 bersedih dengan hidup sendiri sesekali dengar orang lain ditimpa musibah seperti memberi sedikit kelegaan kan...

Quote Rogue98 18-1-2025 01:54 AM
Kebakaran on the surface jer yg rosak. Structure n foundation still intact....kalau nuclear rosak semua...sekali dgn keturunan manusia.
Quote green~tea 18-1-2025 02:05 AM
sarah_ary2 replied at 17-1-2025 04:32 PM
bukan kesan nuklear tue sampai sekarang ka? sampai tempat tue kene tutup and kalau nak dtg kene paka ...

Serangan nuclear.. hiroshima and nagasaki tu elok je bina balik and penuh makmur

Yang no access tu dekat ukraine chernobyl
Quote ninja boy 18-1-2025 04:16 AM
Coming soon area sama disaster boleh berulang ka, patut pindah area lain atau bina semula dgn kalis api kos rendah, macam banjir hurricane setiap tahun kena bina kalis angin dan banjir

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035957 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top