CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Thalita, Anak Shuib kena ‘pulau’ rakan sebaya lepas jadi penyanyi

22-1-2025 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32761| Komen: 93|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-22 233746.png


Dipulaukan segelintir rakan sekolah selepas semakin dikenali, anak pelawak Shuib, Thalita enggan menjadikan perkara itu sebagai halangan mengejar impian bergelar penyanyi.

Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Thalita Zahra, 13, berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar teman sebaya lain cemburukan transisi dilalui malah hanya berlapang dada berdepan cabaran kecil sebegitu.


“Memang saya kena ‘palau’ (dipulaukan) kawan-kawan. Entah kenapa ada yang ‘jealous’, saya tak tahu tapi saya tak kisah. Apa pun saya masih Thalita yang sama.

“Saya menyedari perkara itu selepas muncul di Bukit Bintang tempoh hari. Apabila di sekolah, ada beberapa orang saya perasan mula menjauhkan diri atau bercakap buruk fasal saya belakang.

“Terkejutlah juga, tapi saya buat tak tahu selain berharap keadaan kembali macam dahulu kerana saya tak mahu masam muka dengan sesiapa. Saya cuma nak jadi penyanyi, itu sahaja,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends, baru-baru ini.

Ditanya mengenai momen dirinya menangis sehingga tidak mampu meneruskan nyanyian ketika persembahan di Bukit Bintang tempoh hari, anak kedua daripada empat bersaudara itu mengakui sebak.

Katanya, bukan hanya disebabkan membawa lagu arwah ibunya, Kesetiaan, perasaan sayu dirasai melihatkan ribuan penonton hadir memberikan sokongan terhadapnya.


“Bila tengok orang sanggup datang tengok saya menyanyi di khalayak ramai buat pertama kali buatkan hati saya jadi sayu. Nyanyi pula lagu ibu, terus menangis.

“Memang lagu Kesetiaan juga merupakan kesukaan saya. Syukur sebab semua orang pun suka lagu ibu saya itu,” ujarnya.

Teruja untuk tampil pada konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura 10 Mei depan, Thalita bakal membawakan dua dendangan.

Menurutnya, sebagai persediaan buat masa ini dia semakin kerap membuat latihan di bawah bimbingan datuknya juga penyanyi, Raisuddin Hamzah serta ayahnya sendiri.

“Saya seronok sebenarnya dapat tawaran ‘uncle’ Ajai sebab bukan sahaja dapat sertai konsert, ini pertama kali saya pergi Singapura,” katanya.

Selain Thalita, konsert tersebut bakal disertai ramai penyanyi hebat termasuk Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suib, Hazama dan Asmidar.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mogey 23-1-2025 12:08 AM
bdk ni bkn sek private sc ke?
Quote CurangLagi 23-1-2025 12:21 AM
Semoga x slh pilih jalan hidup dik. Semoga berjaya dlm bidang ni
Quote doubleA 23-1-2025 12:33 AM
Alamak dia sendiri anggap kawan2nya jeles. Semoga ko tak menurun peel poyo bapak kau. Ikut yg baik2 dari arwah mak. Arwah dulu buat qurban kt gaza pun tak reveal sendiri, nadir gaza tu yg share. Apak kau dapat sponser scammer umroh pun kononnya dia yg menaja kawan dia tu. Tuhan bayar cash terus bila scammer umroh kantoi, dgn bapak2 kau pun kantoi

Banyak je retis cilik sebelum2 ni, umai tu pun. So bukan la ko sorang or ko pioneer dik
Quote manop 23-1-2025 01:01 AM
mebi anak pun annoying cam bapak dia...
Quote Zeelalala 23-1-2025 01:01 AM
Mana dia tahu kawan2 dia cemburu. Adoi. Jgn la kuat drama. Belum apa2 lagi.
Quote amyfaha 23-1-2025 01:15 AM
Selain dari sbb ko berduit, Kenapa kau perlu ada berbodyguard? Tu je nak tanya
Quote BlackpingU 23-1-2025 02:05 AM
Zeelalala replied at 23-1-2025 01:01 AM
Mana dia tahu kawan2 dia cemburu. Adoi. Jgn la kuat drama. Belum apa2 lagi.

Maybe marketing si soeb...suruh dia berdrama supaya nama disebut-sebut... dan keluar news sana sini
Quote miamiot 23-1-2025 04:33 AM
Soib tunggang anak pulak
Quote imransulaiman 23-1-2025 04:54 AM
"bad intro" lah Thalita oiii... cubalah jadi humble sikit... jangan ikut perangai Shahmira
Quote ashilalat 23-1-2025 06:33 AM
Budak ni gaya belagak nmpak mcm bapak. Tu yg kawan2 palau agaknya. Nyanyi x seberapa pom.
Quote asudau 23-1-2025 07:18 AM
suara sedap tapi kurang lawa sukar dik nak hidup dalam dunia hiburan malaysia ni dik..

tak yah nak eksen sangat ye dik
Quote SR4tahun 23-1-2025 07:28 AM
Kwn iols ckp daktali ni nyanyi mcm membaca adoii
Quote rbmy 23-1-2025 07:29 AM
doubleA replied at 23-1-2025 12:33 AM
Alamak dia sendiri anggap kawan2nya jeles. Semoga ko tak menurun peel poyo bapak kau. Ikut yg baik2  ...

kan.....
dia yg rasa diri terpulau..
tak paham aku.. harap dia sentiasa ingat tanah yg dia pijak

Quote rbmy 23-1-2025 07:29 AM
ashilalat replied at 23-1-2025 06:33 AM
Budak ni gaya belagak nmpak mcm bapak. Tu yg kawan2 palau agaknya. Nyanyi x seberapa pom.

apaknye yg buat dia di pulau
Quote rosmahisham 23-1-2025 07:29 AM
Dia ni suara blh tahan pandai la mengayakn lenggok cam arwah maknya tp mcm ssh nk hafal lagu maknya .. tgk video dia nyanyi kat rmh cam terlambat masuk n lupa lirik sokmo!bkn sepenuh hati nk nyanyi cam umai tu!
Quote asfaz 23-1-2025 07:30 AM
doubleA replied at 23-1-2025 12:33 AM
Alamak dia sendiri anggap kawan2nya jeles. Semoga ko tak menurun peel poyo bapak kau. Ikut yg baik2  ...

adik beradik anne ngasri,tam,ramai lagi leklek aje kan.
dia ni follow yinnah jeman ke? kawan jeles tpi alasan dia lagi lawak. sb dia cntik
muahahahhahaha
Quote sweetfasha 23-1-2025 07:43 AM
drama sangat ko ni dik.. tak de nyer kawan kawan kat sekolah tu jeles.. ke ko yang menggeletis perasan diri tu artis kat sekolah

dik, nak jadi zaman skrg ilmu kena ada ni.. belajar belajar belajar.. barulah kekal lama dalam industri.. adab dan attitude memainkan peranan juga macam tok ti
Quote nisako 23-1-2025 07:59 AM
ye ke
Quote princessmiang 23-1-2025 08:15 AM
Cable itu ternyata benar ya

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.183017 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top