CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Viral: Pelajar Miskin Kongsi Baju Sekolah, Bukan Seperti Disangka!

7-1-2016 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13273| Komen: 80|Original author: GhostWalking

Oleh Adib ZA


Jika sebelum ini, gambar seorang pelajar tingkatan satu di Pulau Pinang menjadi viral gara-gara ramai yang berasa kasihan dengan kisahnya terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abang. 

Dikatakan pelajar itu terpaksa ponteng beberapa hari sebelum melapor diri ke sekolah kerana merupakan mangsa penceraian yang menyebabkan dia sangat miskin dan susah.

Pendek kata, semua pakaian, beg dan duit poket ke sekolah tidak mampu disediakan oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal.

Kisah ini mendapat perhatian meluas sehingga pihak Zakat Pulau Pinang turut terpanggil untuk berjumpa dengan ibu kepada pelajar berkenaan. Berdasarkan pertemuan itu, didapati keluarga mereka memang menerima bantuan daripada pihak zakat negeri itu sejak tahun 2012. 



Ini sekaligus menafikan berita mengenai keluarga ini hidup melarat. Malah, ibu kepada pelajar itu, Fadzilah Hashim tampil menafikan anaknya perlu berkongsi pakaian sekolah. 

"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," ujarnya menerusi agensi berita Bernama. 

Kesimpulannya, buat mereka yang menyebarkan kisah auto atau tidak benar ini, berhentilah daripada terus memalukan orang lain. Memang keluarga ini tidak terlalu senang, namun dengan bantuan daripada pihak zakat, jabatan kebajikan masyarakat dan kerja sebagai pengopek ikan bilis, mereka tidaklah seteruk yang diuar-uarkan melalui laman sosial.

Jika anda kasihankan mereka, jangan sebarkan berita palsu yang memalukan. - CARI Infonet

p/s; Apa pun syabas buat pusat zakat yang segera mendapatkan keluarga ini untuk bantuan selanjutnya. 

Sumber: Bernama 
9

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 7-1-2016 12:29 AM
Ibu itewwww
Quote tobobon 7-1-2016 12:42 AM
skrg berlumba2 nak viral kisah sedeh
Quote periakuning 7-1-2016 12:52 AM
Sape yg menipu nih?

Budak tu, cikgu tu or just netizen punya fantasy?
Harap penipu itu dikenakan tindakan sewajarnya..
Quote aku_best 7-1-2016 12:55 AM
Henset ibunya ittew kalah lg henset aku ....
Quote MeghanK 7-1-2016 12:56 AM
Edited by MeghanK at 7-1-2016 01:00 AM

skang ni jadi pape pon amek gamba viral kan dulu .betul ke tak betul ke belakang cerita..nasib baik acik ni jujur
Quote juliez 7-1-2016 01:07 AM
periakuning replied at 7-1-2016 12:52 AM
Sape yg menipu nih?

Budak tu, cikgu tu or just netizen punya fantasy?






Quote juliez 7-1-2016 01:07 AM



Quote faraway1 7-1-2016 01:12 AM
zaman fb, segala mala nak dikongsikan tanpa usul peksa..
Quote juliez 7-1-2016 01:12 AM
MeghanK replied at 7-1-2016 12:56 AM
skang ni jadi pape pon amek gamba viral kan dulu .betul ke tak betul ke belakang cerita..nasib baik  ...



My question is, brp lama sesebuah keluarga itu akan mendapat bantuan dari zakat & jkm / akan dikeluarkan dari golongan asnaf. Mcm keluarga ni dapat bantuan RM700 sebulan from zakat & jkm for the past 3 yrs. So dlm masa 3 tahun, takde ker usaha dilakukan oleh pihak yg memberi bantuan, or pihak keluarga ini sendiri utk keluarkan diri dari kepompong kemiskinan?

Nampak mcm maknya sihat walafiat. Anak2 pun dah remaja, yg sulung dah kerja. Tinggal 2 org masih sekolah.
Quote Mary_jane 7-1-2016 01:18 AM
Sana sini gigih nak viral kan. Sahih ke tak, itu belakang cerita.
Quote all4rez 7-1-2016 05:27 AM
PPZ dah brainwash kut, dan suh ckp c ni.   
Quote cap_ayam 7-1-2016 06:01 AM
juliez replied at 7-1-2016 01:07 AM

Kemas rumah akak ni..
Quote MissNigga 7-1-2016 06:36 AM
baguih ar ibu ni .. tak macam si ibu menipu yang dok sect 8 shah alam dan kat sentul tue ...
Quote EJALTI 7-1-2016 07:26 AM
Macam biasa, lepas bercerai, ex-husband tak bagi nafkah anak2....
Quote Modngengade 7-1-2016 07:31 AM
Kakak  syak anak tu yg menipu
Quote ultra78 7-1-2016 07:36 AM
Patutlah. Siakapbabi yg duk sebar berita palsu

@axl_bach

Quote lazim 7-1-2016 07:43 AM
cerita share baju abg ni kan pernah ada dulu2 mcm kisah tauladan gitu.. motif cilok idea share baju sekolah
Quote sukacactus 7-1-2016 07:43 AM
Tu pasal, jgn cepat je jari tu nak share apa2 kat media sosial ni
Kalau aku, benda viral2 ni takat baca & mati kat situ sj la
Quote cepheid 7-1-2016 07:44 AM
Sebab tu apa-apa benda pun kena siasat dulu. Bukan main viral lepas tu salahkan orang saja kerjanya.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.313353 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top