CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jambatan tertinggi dunia, Ngarai Besar Huaijiang dibuka tahun ini

25-1-2025 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4099| Komen: 11|Original author: Raline


jambatan-tertinggi-dunia-ragam.jpg


BEIJING –  Sebuah jambatan tertinggi di dunia yang sedang dibina di China bakal dibuka kepada orang ramai lewat  tahun ini, lapor akhbar The Sun UK.

Dinamakan Jambatan Ngarai Besar Huaijiang, struktur sepanjang 2.81 kilometer itu dibina di wilayah Guizhou, barat daya China.

Jambatan itu dibina pada ketinggian 624.84 meter di atas Sungai Beipan dan  hampir menyamai  ketinggian bangunan tertinggi China iaitu Menara Shanghai. Menara Shanghai  memiliki 128 tingkat dan setinggi 632 meter.

Struktur itu juga sembilan kali ganda lebih tinggi daripada Jambatan Golden Gate dan menyamai tinggi dua menara Eiffel.Ia memiliki berat melebihi 22,000 tan atau tiga kali ganda berat Menara Eiffel.

Screenshot 2025-01-24 183821.png


Jambatan itu dapat mengurangkan masa perjalanan selama sejam untuk menyeberangi Ngarai Huajing sebelum ini kepada hanya dua minit.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Guizhou, Chen Jianlei berkata, pembinaan tersebut bertujuan meningkatkan rangkaian sambungan di rantau berkenaan.

“Pembinaan Jambatan Ngarai Besar Huajiang akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Guiyang, Anshun dan Qianxinan selain memupuk integrasi ekonomi serantau,” katanya. –  AGENSI

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-1-2025 11:47 PM
Area kampung/luar bandar ke ni.

Ada perkataan asli macam BM sket ye namanya.

Idok la aku nak naik jembatan ni. No, not for me.
Quote Radzor 25-1-2025 05:23 PM
maju china ni. harap² rakyat dia tak la migrate ke tanah melayu
Quote nadie90 26-1-2025 12:14 AM
Saya takut...tgk gmbr jmbtan tu
Quote airfilterkotor 26-1-2025 12:46 AM
Seswai buat base jumping.
Dengan tinggi 600++meter sempat la somersault 15-20 kali sebelum sampai bawah.
Quote grouper 26-1-2025 01:20 AM
Made in china skang ni bukan cam dulu..dlu org kutuk je skang sape yg kutuk tu macam katak bawah tempurung
Quote kemaruk 26-1-2025 02:33 AM
Sana takde umno
Quote B40tastePosh 26-1-2025 04:19 AM
kemaruk replied at 26-1-2025 02:33 AM
Sana takde umno

Sana takda Najib dan Rosmah
Quote hiswife 26-1-2025 06:30 AM
Gayat tengok..
Quote telracs 26-1-2025 09:52 AM
nadie90 replied at 25-1-2025 04:14 PM
Saya takut...tgk gmbr jmbtan tu

View video dia lagi gayat....
Quote misszazaz 26-1-2025 09:17 PM
mak aii gayatnyaa
Quote nisako 27-1-2025 08:29 AM
gayat oooooooooi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.047778 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top