Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menafikan RTM sengaja mencipta gimik apabila menampilkan selebriti kontroversi dalam program demi mengejar kadar tontonan tinggi.
Suhaimi berkata, perbuatan mencipta gimik dianggap tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh memakan diri lebih-lebih lagi kepada stesen penyiaran milik kerajaan. Suhaimi mengulas pembabitan Rozita Che Wan sebagai pengacara musim kedua program Cuit-Cuit Che Ta yang akan menemui penonton mulai 6 Mac depan. "Ini bukan gimik, kalau buat gimik semata-mata untuk mengejar rating kami akan dilihat sebagai tidak bertanggungjawab serta boleh merosakkan reputasi RTM. "Setiap selebriti yang kami pilih adalah mereka yang bertanggungjawab dan tidak bermasalah. "Pemilihan Che Ta berdasarkan kelayakannya dalam mengendalikan program televisyen (TV), bukan disebabkan cerita sensasi… Bukan semata-mata gimik.
"Kalau pun bermasalah, tidak ada isu. Asalkan mereka dapat atasi masalah itu kemudian menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat," katanya pada sidang media Puasa! Raya! RTM 2025 di Angkasapuri di sini, hari ini. Baru-baru ini, Rozita, 51, dikecam apabila dilapor mempunyai tunggakan hutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pelaksanaan penghakiman terhadap Rozita bagaimanapun ditangguhkan apabila dia dilapor melunaskan RM550,000, iaitu sebahagian daripada nilai pinjaman. Suhaimi berkata, RTM tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan isu sensasi selebriti sebagai gimik untuk menarik penonton. "RTM mengetengahkan pengacara berbeza dari pelbagai latar belakang serta wajah baharu. "Ini membuktikan RTM tidaklah menjemput pengacara tertentu sahaja," katanya. Sebelum ini pernah timbul kontroversi membabitkan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal yang direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah dI RTM. Sumber: Berita Harian
|
sayawifenikmie replied at 7-2-2025 01:02 PM
kaftan che ta ni sedap pakai .. lembut sejuk kain dia
tapi orang tak kurus macam saya namopak tak ca ...
pocongkiutss replied at 7-2-2025 10:50 PM
Bape rm dia jual chuols?
ADVERTISEMENT