CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada peniaga bazar Ramadan masih guna dawai kokot

7-3-2025 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4112| Komen: 18|Original author: tatod

1537106.jpg


Johor Bahru: Peniaga makanan di bazar Ramadan negeri ini dikesan masih lagi menggunakan dawai kokot bagi penyediaan dan penjualan kuih muih terutama tepung pelita dan pulut panggang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, penggunaan dawai kokot itu dikesan susulan operasi pemeriksaan bazar Ramadan dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Katanya, 1,240 premis makanan di bazar Ramadan negeri ini diperiksa sejak Ahad lalu.

Namun katanya, dalam pemeriksaan itu, hanya satu Notis Kompaun (32B) dikeluarkan kerana tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan tawaran kompaun bernilai RM100.

hm343tian_1741310578.jpg


"Daripada 1,240 premis makanan bazar Ramadan negeri ini yang diperiksa, kesemuanya mempunyai tahap kebersihan premis melebihi 80 peratus dan tiada premis yang diarahkan ditutup, setakat ini.

"Dalam operasi pemeriksaan, 2,112 pengendali makanan diperiksa dan kesemua mereka diberikan pendidikan kesihatan sebelum dan semasa Ramadan secara berterusan.

"Pendidikan kesihatan ini termasuklah penguatkuasaan pendidikan ke atas penggunaan dawai kokot yang masih banyak diguna pakai bagi penyediaan dan penjualan kuih-muih tradisional terutama tepung pelita dan pulut panggang.

"Aktiviti pensampelan terpilih juga akan diteruskan ke atas makanan berisiko tinggi di premis bazar Ramadan tahun ini bagi tujuan memantau dan mengesan tahap pencemaran mikrobiologi dan sekiranya keputusan diterima tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985, tindakan pendakwaan akan diambil ke atas pengusaha makanan terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau bazar Ramadan Angsana Mall Johor Bahru di sini, petang semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mokhtar Pungut.

Pada 2022, Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengenai penggunaan bahan seperti paku dan dawai kokot untuk membungkus makanan boleh menyebabkan kecederaan serius, jika termasuk dalam makanan dan ditelan.

Melalui Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan dilaporkan perlu memastikan pembungkusan makanan bebas daripada pencemaran termasuk bahan seperti paku serta dawai kokot yang boleh memudaratkan pelanggan atau pengguna.

Peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


Sumber:Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 7-3-2025 10:12 AM
Tengah cungkil dengan kuku, tetiba dawai kokot melantun terus hilang. Itu paling risau.
Quote Orix 7-3-2025 12:26 PM
bertahun2 sebelum ni duk makan kuih tepung pelita paya jaras....pastu jd isu agaknya sbb dia guna stapler kt daun pandan... tahun lepas dia guna masking tape utk bentukkan daun pandan tu, iols mcm errrr geli pulak kalo gam tape tu melekat dekat tepung kuih tu... dah la kuih tu pun sticky2... semalam iols pi bazar nak beli terus dia x guna daun pandan dah... guna bekas plastik.. mmg tak la iols nak beli.... yg buat sedap n wangi daun pandan tu... n iols oke jah kalo dia guna stapler pun utk bentukkan daun pandan tu...
Quote supernaturalee 7-3-2025 03:44 PM
ubat stapler


tp bukan utk dimakan atau remedi


Quote kakikuDibibirmu 7-3-2025 03:46 PM
Tetanus tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 7-3-2025 03:53 PM
Kancing gigi tersenyum sinis
Quote seri_mawr 7-3-2025 04:58 PM
kat bazar kelana jaya pun ada guna stepler. tahun lepas semua guna bekas plastik...

dulu2 tepung pelita guna duan pisang n lidi...lidi leceh kene potong pendek2.... so derang guna stepler pastu size makin kecik..dr guna daun pisang tukar ke daun pandan...ikut style kuih tako..
Quote intan20002 7-3-2025 05:08 PM
tp sedap kuih pelita. cuma betul la. bahaya.
Quote intan20002 7-3-2025 05:09 PM
seri_mawr replied at 7-3-2025 04:58 PM
kat bazar kelana jaya pun ada guna stepler. tahun lepas semua guna bekas plastik...

dulu2 tepung pe ...

ini ye. dulu2  pulut panggang pun pakai lidi
Quote bpbbppbp 7-3-2025 05:58 PM
Edited by bpbbppbp at 7-3-2025 06:04 PM

Klau tukar bekas plastic mcm lagi mencemarkan alam sekitar je sbb x biodegradable. utk rasa pandan extra boleh alas daun pndan dlm bekas plstic. Kuih yg letak dlm plastic boleh guna mini sealer
Quote PULANGKAN 7-3-2025 05:59 PM
haritu beli kuih kat bazaar, ok la, so far dah tak jumpa stapler. semua paket guna salotape
Quote PULANGKAN 7-3-2025 05:59 PM
haritu beli kuih kat bazaar, ok la, so far dah tak jumpa stapler. semua paket guna salotape
Quote Melanie91 7-3-2025 09:30 PM
So far x jumpa lagi yg x guna. Semua guna
Quote bottombikini 7-3-2025 09:41 PM
lahaiii...baru habis makan 3 biji tepung pelita
dah baca ni terus gigih tgk balik kat dustbin
mmg dia guna stapler
tapi sodap la..walaupun sebiji singgit
Quote Gori911 8-3-2025 06:53 AM
Bahaya ni. Silap silap boleh tertelan
Quote Decaffeinated 8-3-2025 07:06 AM
Ini safety risk but very low. Untuk standard Malaysia ummah boleh tolerate lagi. Guna jarum cucuk tudung tu lagi ngeri bagi aku.
Quote Isninselasarabu 8-3-2025 07:30 AM
Baguslah dapat zat besi..
Quote doubleA 9-3-2025 02:11 PM
Orix replied at 7-3-2025 12:26 PM
bertahun2 sebelum ni duk makan kuih tepung pelita paya jaras....pastu jd isu agaknya sbb dia guna st ...

Iols pernah beli kt kedah yg buat kuih tu pandai lipat daun pandan tu tanpa guna dawai kokot, lidi atau salotep langsung. Main lipat2 daun tu tapi kejap elok kukuh lipatan tu. Lepas makan kitorg buka balik tengok memang lipatan je tanpa apa2 alat sokongan
Quote Orix 9-3-2025 11:05 PM
doubleA replied at 9-3-2025 02:11 PM
Iols pernah beli kt kedah yg buat kuih tu pandai lipat daun pandan tu tanpa guna dawai kokot, lidi ...

Oh yes iols pun pernah jumpa. Rs nya dia potong2 daun tu dan selit2 kan mcm buat ketupat jua. Renyah kot nk buat

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046083 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top