CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PAS harap penduduk asal negeri lain mengundi di Selangor

13-3-2025 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2906| Komen: 42|Original author: Abahmung

 


PAS Selangor menyuarakan harapan agar penyokong yang bermastautin di negeri itu dapat berdaftar sebagai pengundi di Selangor pada PRU akan datang.

Pesuruhjayanya Ab Halim Tamuri berkata harapan itu khususnya bagi penduduk Selangor yang berasal dari negeri-negeri yang ditadbir PAS, seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Saya amat mengharapkan orang yang duduk di Selangor, mengundi di Selangor. Khususnya bagi kawasan yang kita perlukan (sokongan) seperti Shah Alam dan Sungai Buloh, Bangi, Sekinchan, Semenyih dan Sepang.

“Tolong sangat yang tinggal di Selangor undi di Selangor. Mudah sangat, (hanya) bawa bil elektrik atau air ke pejabat pos untuk tukar tempat mengundi,” katanya pada sesi dialog dan berbuka puasa bersama media di Shah Alam, malam tadi.

Ab Halim yang juga Adun Paya Jaras berkata demikian ketika ditanya adakah PAS Selangor menyokong saranan supaya penyokongnya yang berasal dari negeri-negeri lain untuk menjadi pengundi di Selangor dalam usaha merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada PH-BN.


Pada masa ini, PN memegang 22 kerusi DUN di Selangor, dengan 10 daripadanya dipegang PAS.

Di peringkat Parlimen pula, PN hanya memegang enam daripada 22 kerusi, dengan tiga daripadanya dipegang PAS.

SPR menetapkan pengundi yang berpindah tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan menukar alamat pada kad pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan kemudian membuat permohonan pertukaran dengan suruhanjaya itu.


Mengulas lanjut, Ab Halim berkata jika harapan itu dapat direalisasikan, tidak mustahil PN akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang.

Dalam perkembangan lain, dia berkata PAS Selangor kini memberi tumpuan terhadap isu-isu asas rakyat di negeri itu yang disifatkan gagal ditangani kerajaan negeri.

Ab Halim antaranya membangkitkan isu banjir, pengurusan sampah dan pembangunan kampung tradisi Melayu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 13-3-2025 12:03 PM
demo toksey ngundi di sha ale awe weyyyyyy
Quote silance 13-3-2025 12:11 PM
Ohooo, nak tawan selangor. Cuba cakap apa menifesto special yang akan ditawarkan. Halau pati? Bersihkan pasar selayang/jalan silang? Kelestarian hidup di kota metropolitan? Lain-lain?
Quote cmf_PariS 13-3-2025 12:20 PM
undi kawasan pilih org lain.. oorg lain menang...yg kalah jd menteri.. tk paham lah
Quote toynme 13-3-2025 12:22 PM
silance replied at 13-3-2025 12:11 PM
Ohooo, nak tawan selangor. Cuba cakap apa menifesto special yang akan ditawarkan. Halau pati? Bersih ...

manifesto tu rahsia
dah tawan baru kita reveal

kemain beso ea angan2 org PAS ni
SG4 tu ape cite plak? dah ada investment masuk ke?
Quote caprut 13-3-2025 07:24 PM
Akibat ko amek penjawat awam ramai dari negeri lain keja dkt selangor kl. Rasakan
Quote kemaruk 13-3-2025 08:18 PM
silance replied at 13-3-2025 12:11 PM
Ohooo, nak tawan selangor. Cuba cakap apa menifesto special yang akan ditawarkan. Halau pati? Bersih ...

Hari ini kita menangggggggg.....

Esooookkkk
Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 08:35 PM
Parti bulan bintang

Anney, kadawalley, teh tarik wunnek!





[youtube]a-EZwbDcL9c[/youtube]
Quote Suchi 13-3-2025 08:37 PM
Cina2 nak bagi ker?tutup abis laa panggung wayang segala.
Dia mcm tau2 je ummah kelate ramai kt selangor ni
Pastu tau2 kat kelate dapat ke PH takpun umno hhaha
Yelaa nak sgt negara maju kan?jgn korang melingkupkan selangor ni dh la
Quote Suchi 13-3-2025 08:42 PM
caprut replied at 13-3-2025 07:24 PM
Akibat ko amek penjawat awam ramai dari negeri lain keja dkt selangor kl. Rasakan

Org selangor takde ke nak penuhi jawatan tu kat sini. Bayangkan sek anak iols dipenuhi cikgu2 dr kelate, penduduk kat tmpt iols ni pun org melayu rata2 set mu belaka
Apa dah jadi ni wehh
Masa hari pertama sekolah 2-3 tahun lepas penah viral sek anak iols gara2 ada bapa ni post kt fb rengsa sekolah penuh org kelate dia tak rasa mcm kat Selangor sbb dengar org sembang kelate je
Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 08:44 PM
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu
Quote Apoo 13-3-2025 10:21 PM
Suchi replied at 13-3-2025 08:42 PM
Org selangor takde ke nak penuhi jawatan tu kat sini. Bayangkan sek anak iols dipenuhi cikgu2 dr k ...

Lepas diambil alih PAS ni, maybe org Selangor kena keluar kerja ke negeri lain pulak
Quote pengecattaik 13-3-2025 11:19 PM



[twitter]https://twitter.com/apanakdikato/status/1894980889245040752?s=61[/twitter]
Quote Suchi 13-3-2025 11:31 PM
Apoo replied at 13-3-2025 10:21 PM
Lepas diambil alih PAS ni, maybe org Selangor kena keluar kerja ke negeri lain pulak

Pastu selangor jadi kelate no 2 ke apa
Semua pakat nak rebut negeri maju

Apa kata try rebut Sabah dan Sarawak
Quote airfilterkotor 13-3-2025 11:56 PM
Kalau tukau IC ke Selangor, pastu dah tua esok buleh ke dorang beli tanah kat Kelantan?
Mana maunyerrr.

Level terdesak sangat dah idea PAS ni.
Quote Binodino 14-3-2025 06:28 AM
Silap2 orang2 yang penduduk asal negeri naungan PAS tu yang mengundi parti lain kat selangor ni. Sebab deme tak tahan dengan pentadbiran PAS kat negeri asal dorang
Quote krustykrab 14-3-2025 06:55 AM
silance replied at 13-3-2025 12:11 PM
Ohooo, nak tawan selangor. Cuba cakap apa menifesto special yang akan ditawarkan. Halau pati? Bersih ...

Kelubung pompuan pehtu suruh kluar keje.wajib!
Quote Samerosie 14-3-2025 08:14 AM
Edited by Samerosie at 14-3-2025 08:18 AM
krustykrab replied at 14-3-2025 06:55 AM
Kelubung pompuan pehtu suruh kluar keje.wajib!
“Tolong sangat yang tinggal di Selangor undi di Selangor. Mudah sangat, (hanya) bawa bil elektrik atau air ke pejabat pos untuk tukar tempat mengundi,” katanya pada sesi dialog dan berbuka puasa bersama media di Shah Alam, malam tadi.

Arr? Seriouske mamat ni?  Ye mudah la sangat, ikut bil letrik bil air tang mana, kena ikut alamat terkini kat ic la.  Bil air bil letrik tu guna bila gi JPN nak tukar alamat kat IC.  Mau ke sskjp tukar ke Sel melainkan dia sendiri tak nak dah balik Kel.

Bai de wei, mimpi je la, kat Selangor ni over 30% Cina India, 50+% bumi (termasuk melayu), others 10%.  Kalau majority non bumi dan "others" tak undi PAS, termasuk say 25% bumi, dah guano nak menang PAS?  Wah, ingat senang2 ye instruct orang undi dia kat selangor ni, dah pun duduk paya jaras, mak pak kau pun bukan orang asal malaysia agaknya.
Quote Samerosie 14-3-2025 08:16 AM
Try la Penang, rasanya lagi senang nak menang kat sana
Quote lo_la 14-3-2025 10:04 AM
Edited by lo_la at 14-3-2025 10:22 AM

Huk aloh…
Sek2 mu ingat kenapa sek2 mu ramai berhijrah keluar? Takkan sek2 mu nak kena hijrah keluar selangor pulak

Sekali dgn org selangor pun hijrah kalau korang perintah sini

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top