View: 2892|Reply: 45
|
[Politik]
PAS harap penduduk asal negeri lain mengundi di Selangor
[Copy link]
|
|
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Mar 13, 2025 6:00 AM

PAS Selangor menyuarakan harapan agar penyokong yang bermastautin di negeri itu dapat berdaftar sebagai pengundi di Selangor pada PRU akan datang.
Pesuruhjayanya Ab Halim Tamuri berkata harapan itu khususnya bagi penduduk Selangor yang berasal dari negeri-negeri yang ditadbir PAS, seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Saya amat mengharapkan orang yang duduk di Selangor, mengundi di Selangor. Khususnya bagi kawasan yang kita perlukan (sokongan) seperti Shah Alam dan Sungai Buloh, Bangi, Sekinchan, Semenyih dan Sepang.
“Tolong sangat yang tinggal di Selangor undi di Selangor. Mudah sangat, (hanya) bawa bil elektrik atau air ke pejabat pos untuk tukar tempat mengundi,” katanya pada sesi dialog dan berbuka puasa bersama media di Shah Alam, malam tadi.
Ab Halim yang juga Adun Paya Jaras berkata demikian ketika ditanya adakah PAS Selangor menyokong saranan supaya penyokongnya yang berasal dari negeri-negeri lain untuk menjadi pengundi di Selangor dalam usaha merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada PH-BN.
Pada masa ini, PN memegang 22 kerusi DUN di Selangor, dengan 10 daripadanya dipegang PAS.
Di peringkat Parlimen pula, PN hanya memegang enam daripada 22 kerusi, dengan tiga daripadanya dipegang PAS.
SPR menetapkan pengundi yang berpindah tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan menukar alamat pada kad pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan kemudian membuat permohonan pertukaran dengan suruhanjaya itu.
Mengulas lanjut, Ab Halim berkata jika harapan itu dapat direalisasikan, tidak mustahil PN akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang.
Dalam perkembangan lain, dia berkata PAS Selangor kini memberi tumpuan terhadap isu-isu asas rakyat di negeri itu yang disifatkan gagal ditangani kerajaan negeri.
Ab Halim antaranya membangkitkan isu banjir, pengurusan sampah dan pembangunan kampung tradisi Melayu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
demo toksey ngundi di sha ale awe weyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Ohooo, nak tawan selangor. Cuba cakap apa menifesto special yang akan ditawarkan. Halau pati? Bersihkan pasar selayang/jalan silang? Kelestarian hidup di kota metropolitan? Lain-lain? |
|
|
|
|
|
|
|
undi kawasan pilih org lain.. oorg lain menang...yg kalah jd menteri.. tk paham lah |
|
|
|
|
|
|
|
manifesto tu rahsia
dah tawan baru kita reveal
kemain beso ea angan2 org PAS ni
SG4 tu ape cite plak? dah ada investment masuk ke? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Akibat ko amek penjawat awam ramai dari negeri lain keja dkt selangor kl. Rasakan |
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 13-3-2025 12:11 PM
Ohooo, nak tawan selangor. Cuba cakap apa menifesto special yang akan ditawarkan. Halau pati? Bersih ...
Hari ini kita menangggggggg.....
Esooookkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Cina2 nak bagi ker?tutup abis laa panggung wayang segala.
Dia mcm tau2 je ummah kelate ramai kt selangor ni
Pastu tau2 kat kelate dapat ke PH takpun umno hhaha
Yelaa nak sgt negara maju kan?jgn korang melingkupkan selangor ni dh la |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 13-3-2025 07:24 PM
Akibat ko amek penjawat awam ramai dari negeri lain keja dkt selangor kl. Rasakan
Org selangor takde ke nak penuhi jawatan tu kat sini. Bayangkan sek anak iols dipenuhi cikgu2 dr kelate, penduduk kat tmpt iols ni pun org melayu rata2 set mu belaka
Apa dah jadi ni wehh
Masa hari pertama sekolah 2-3 tahun lepas penah viral sek anak iols gara2 ada bapa ni post kt fb rengsa sekolah penuh org kelate dia tak rasa mcm kat Selangor sbb dengar org sembang kelate je |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 13-3-2025 08:42 PM
Org selangor takde ke nak penuhi jawatan tu kat sini. Bayangkan sek anak iols dipenuhi cikgu2 dr k ...
Lepas diambil alih PAS ni, maybe org Selangor kena keluar kerja ke negeri lain pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 13-3-2025 10:21 PM
Lepas diambil alih PAS ni, maybe org Selangor kena keluar kerja ke negeri lain pulak
Pastu selangor jadi kelate no 2 ke apa
Semua pakat nak rebut negeri maju
Apa kata try rebut Sabah dan Sarawak  |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tukau IC ke Selangor, pastu dah tua esok buleh ke dorang beli tanah kat Kelantan?
Mana maunyerrr.
Level terdesak sangat dah idea PAS ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Silap2 orang2 yang penduduk asal negeri naungan PAS tu yang mengundi parti lain kat selangor ni. Sebab deme tak tahan dengan pentadbiran PAS kat negeri asal dorang |
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 13-3-2025 12:11 PM
Ohooo, nak tawan selangor. Cuba cakap apa menifesto special yang akan ditawarkan. Halau pati? Bersih ...
Kelubung pompuan pehtu suruh kluar keje.wajib! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 14-3-2025 08:18 AM
“Tolong sangat yang tinggal di Selangor undi di Selangor. Mudah sangat, (hanya) bawa bil elektrik atau air ke pejabat pos untuk tukar tempat mengundi,” katanya pada sesi dialog dan berbuka puasa bersama media di Shah Alam, malam tadi.
Arr? Seriouske mamat ni? Ye mudah la sangat, ikut bil letrik bil air tang mana, kena ikut alamat terkini kat ic la. Bil air bil letrik tu guna bila gi JPN nak tukar alamat kat IC. Mau ke sskjp tukar ke Sel melainkan dia sendiri tak nak dah balik Kel.
Bai de wei, mimpi je la, kat Selangor ni over 30% Cina India, 50+% bumi (termasuk melayu), others 10%. Kalau majority non bumi dan "others" tak undi PAS, termasuk say 25% bumi, dah guano nak menang PAS? Wah, ingat senang2 ye instruct orang undi dia kat selangor ni, dah pun duduk paya jaras, mak pak kau pun bukan orang asal malaysia agaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Try la Penang, rasanya lagi senang nak menang kat sana  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lo_la at 14-3-2025 10:22 AM
Huk aloh…
Sek2 mu ingat kenapa sek2 mu ramai berhijrah keluar? Takkan sek2 mu nak kena hijrah keluar selangor pulak 
Sekali dgn org selangor pun hijrah kalau korang perintah sini
|
|
|
|
|
|
|
| |
|