CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9019|Reply: 7

Black Hanifah Bina Villa Di Pulau Langkawi Guna Wang Simpanan, Tak ‘Berhutang’ Dengan Bank

[Copy link]
Post time 17-3-2025 03:05 PM | Show all posts |Read mode



Penyanyi Black Hanifah mendedahkan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman bank atau mana-mana pihak bagi membangunkan sebuah villa yang kini dijadikan tempat penginapan di Pulau Langkawi.

Ketika ditemui OhBulan!, Black atau nama lengkapnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, berkata perniagaan tersebut adalah hasil titik peluhnya sendiri, tanpa sebarang bebanan hutang.

"Bisnes ini adalah hasil tabungan, hasil simpanan, hasil saya jual rumah, dan saya mampu."

"Saya buat vila saya tanpa hutang, semua secara tunai. Saya tiada hutang dengan mana-mana bank atau sesiapa."

Black berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music di Glam Hall, Damansara, Selangor pada Jumaat.

Ketika diminta mengulas mengenai komen negatif segelintir netizen terhadap kejayaannya, Black mengakui enggan ambil peduli terhadap pandangan orang lain dan lebih memilih untuk fokus pada usahanya sendiri.

  


"Saya tak naklah cakap apa-apa. Kalau mereka mendoakan saya yang tak baik, satu tudingan itu, empat lagi kembali kepada dia sendiri,."

"Saya yakin kalau ada usaha, kalau kita rajin menabung, menyimpan, itulah dia kunci untuk kita berjaya,"

Sebelum ini Black pernah dituduh terlibat aktiviti pengubahan wang haram kerana miliki kapal mewah dan sebidang tanah di Pulau Langkawi.

Bagaimanapun Black menafikan perkara itu dengan menjelaskan semuanya adalah hasil daripada menabung sejak mula bergelar artis.

  


Dalam perkembangan lain, Black berkolaborasi bersama Adira Suhaimi dalam single raya terbaharu mereka yang berjudul Syawal Rindu.

Sumber: Oh Bulan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tak villa dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:09 PM | Show all posts
lama dah kan heols plan nak buat villa ni... dah siap pun khen?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia dah macam Isaac Osman.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguih la..dr retis muda yg tibah beli mercedez lambang kekayaan kununnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah memang pindah dok di langkawi ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2025 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk iv dia dgn media. Duit kemenangan masuk pertandingan bagai dia bg sikit ngan parents. Yang lebih dia invest beli umah. Same goes dgn duit show dia, dia jenis suka invest ngan hartanah & langkawi antara tempat yg dia invest.
Salute la ngan dia sbb nampak dia tau manage duit tu nak buat camne.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ismawarya masih menetap di langkawikah?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.181410 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list