CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7249|Reply: 6

Selalu kena buli dan dikasari kawan lelaki, Lufya Omar hantar anak masuk kelas taekwondo

[Copy link]
Post time 17-3-2025 02:13 PM | Show all posts |Read mode


Enggan terus menerus dibuli, pelakon Lufya Omar membuat keputusan menghantar anak perempuannya masuk ke kelas seni mempertahankan diri  taekwondo.

Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 40, berkata anaknya iaitu Laana Haura, 8, sering kali mengadu dikasari rakan lelaki ketika di sekolah.

Tambah Lufya, dia percaya sikap Haura yang mudah mesra dan berkawan membuatkan dirinya senang dibuli.

  


“Nak meluahkan perasaan terpendam. Sebelum ini saya sudah ke sekolah berjumpa dengan ibu bapa pelajar lelaki yang mendendang dan menumbuk Haura.

"Haura ini sejenis peramah dan kadang kala terlalu mesra.

“Yang geramnya setiap kali balik sekolah dia akan mengadu perkara sama, selalu diganggu rakan sekelasnya. Setiap hari cerita yang sama, budak lelaki yang sama," katanya.

Lufya berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Katanya, kejadian itu kerap kali berulang meskipun ibu kanak-kanak berkenaan sudah membuat permohonan maaf kepada dirinya.

Disebabkan itu, dia membuat keputusan mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo agar berani mempertahankan dirinya.

Pun begitu, dia berharap selepas ini tiada aduan daripada mana-mana ibu bapa kerana kelakuan Haura yang hanya ingin mempertahankan diri.

“Bila berjumpa ibunya, dia minta maaf walaupun kurang menerima. Tapi tak apa saya terima. Tetapi kejadian ini berulang lagi.

“Jadi saya ambil keputusan masukkan Haura ke kelas taekwondo. Lepas ni kalau Haura yang lembut dan manja ni mengganas, nasib kau lah nak," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Lufya yang mengutamakan keselamatan anaknya.

Mereka juga berkongsi pengalaman sama serta sedia maklum kepentingan seni mempertahankan diri pada ketika ini.

"Zaman sekarang penting ilmu pertahankan diri terutama anak perempuan, barulah tidak kena buli!

"Bagus Lufya cakna mengenai anak, biar lepas ini Haura ada tali pinggang hitam untuk pertahankan ibunya sekali.

"Anak saya (netizen) pun nasib yang sama, selalu mengadu. Saya hantar pergi kelas takewando," antara komen netizen.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.

Mereka hanya memiliki seorang cahaya mata bersama.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak lelaki tu suka/attracted to anak perempuan kau kot. Tunggu la nanti umur 11-14. tahun. Kot dia nak confess.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-3-2025 02:21 PM
Budak lelaki tu suka/attracted to anak perempuan kau kot. Tunggu la nanti umur 11-14. tahun. Kot dia ...

Suami iolss pun ckp mcm tu...budak lelaki kalo suka kat girl mmg dia buli,cuma tu la sampai gedebil,gebedok pulak kan... Anak sulung iolss penah kn gak..trs cikgu kelas call..parent siap tanggung duit p scan perut tkt ape2 effect...iolss p sekolah saje nak tgk budak nye..elok ye duk sebelah anak iolss mkn ms rehat...buangkan sampah anak iolss...iolss citer kat suami .dia ckp kan dia dah bgtau..budak lelaki mmg mcm tu..x pandai nak luahak perasan..kalo naik sekolah menenggah tu yg beria bg adiah kat crush,coklat la,bunga la...

Anak bongsu iolss lelaki,kn buli gan budak setahun muda dr dia..budak tu nak tunjuk power dia tukar belt teakwando...melarat sampai ke sekolah agama..nsb baik Ms tu suami iolss yg antu..x yah iolss nak soal siasat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg mat rasa anak pompuan dia suka kacau budak lelaki ini...tu lama2 dia fed up dia kasi slam down satu das.
Budak pompuan lain kena buli juga tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel anak die .. lufya ni ade sangkut dgn betty banafe kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik anak dia. Good luck Haura. Smack down bapak tu sekali kalo culas bayo nafkah haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaya2 mcm budak tu suka ler tu kat haura ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.041033 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list