CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 70,000 kes lembu seludup di negeri bersempadan Thailand - Datuk Seri Mohamad Sabu

17-3-2025 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22097| Komen: 3|Original author: Raline

Screenshot 2025-03-13 233208.png


KOTA BHARU: Lebih 70,000 lembu seludup direkodkan di empat negeri bersempadan Thailand termasuk Kelantan sepanjang tempoh tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata jumlah berkenaan adalah tinggi yang menyebabkan penternak di negeri sempadan terjejas teruk.

"Sejak dahulu saya tekankan kepada agensi yang berkenaan supaya bertindak tegas bagi mengekang masalah ini kerana kita tidak tahu lembu yang dibawa masuk berpenyakit atau sebaliknya.

"Pada masa sama, penternak kita terjejas teruk kerana tidak mampu bersaing dari segi harga. Lembu dari sana lebih murah sehingga daging di Kelantan pun dijual murah hanya sekitar RM25 sekilogram.

"Justeru, masalah ini perlu ditangani dan diatasi pihak berkenaan supaya ia tidak menjadi semakin teruk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Bersama Warga KPKM, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bekalan daging mencukupi menjelang Aidilfitri.




Sumber – BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 14-3-2025 12:57 AM
Edited by ninja boy at 14-3-2025 12:59 AM

Teringat film top secret lembu dan film brothers grimsby elephant wargasing boleh seludup masuk malaysia
Quote naina 18-3-2025 12:06 AM
Lahhh lembu seludup ke
Punya lah rakyat Kelantan berbangga sebab mampu jual murah banding negeri luar
Lepastu Okla boleh bantu mana2 yang xmampu
Aku pernah beli ritu masa balik kg
Tapi dagingnya tidak sesedap daging korban sini
Lambat empuk. Tulang macam hancur kena kapak banyak kali. Keras kekung
Quote pengecatbintang 18-3-2025 12:28 AM
mcmana kes seludup ni berlarutan sejak dulu kala..

adakah penguatkuasa ambik resuah

jika ya

ini adalah produk hasil dari sistem pemerintahan yg korup n sakau

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.318713 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top