|
NEW DELHI: Palestin mahukan komunikasi langsung yang lebih baik dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika negara itu AS) menerajui inisiatif Lembaga Keamanan untuk membangunkan semula Gaza.
Menteri Luar Palestin, Varsen Aghabekian Shahin, berkata kerjasama dan hubungan dua hala amat penting bagi menjamin kejayaan usaha damai yang dilakukan. "Memandangkan isu ini membabitkan rakyat Palestin, kami memerlukan orang bercakap dengan kami. "Terdapat komunikasi dengan AS, khususnya dengan naib presiden kami (Hussein Al Sheikh). "Bagaimanapun, ia tidak pada tahap yang diperlukan kerana hari ini kami mahukan komunikasi penuh," katanya kepada pemberita di Kedutaan Palestin di New Delhi, India pada Khamis. Presiden AS Donald Trump menandatangani piagam lembaga itu pada 22 Januari di Forum Ekonomi Dunia di Davos dengan kehadiran pemimpin dari beberapa negara yang telah menyertai skim itu. Banyak sekutu rapat AS, termasuk negara Eropah, menolak jemputan untuk menjadi sebahagian daripada lembaga itu, manakala negara Islam yang berpengaruh seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Mesir, Jordan, Turkiye dan Indonesia menyertainya. Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengalu-alukan idea itu seperti yang termaktub dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2803 yang diterima pakai pada November tahun lalu untuk menamatkan perang di di Gaza. Ia berfungsi sebagai pentadbiran peralihan, menyelaraskan pembiayaan untuk pembangunan semula Gaza dan membantu mewujudkan keadaan bagi laluan yang munasabah ke arah penentuan nasib sendiri dan kenegaraan Palestin. Menteri luar Palestin itu menekankan keadaan hidup yang menyedihkan di Gaza. Israel telah membunuh lebih 71,600 orang dan mencederakan 171,000 orang sejak Oktober 2023, menurut angka rasmi Palestin. Shahin berkata 10,000 hingga 20,000 orang hilang di Gaza dan mereka mungkin tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang dibom atau ditahan di kem tahanan Israel. Israel juga menyebabkan sejumlah besar 'kematian tidak langsung' dengan menyekat akses kepada makanan dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin di Gaza yang penduduknya berjumlah 2.3 juta orang sebelum pembunuhan beramai-ramai bermula. Selain melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, tentera Israel dan pendatang haram terus mencetuskan huru-hara di Tebing Barat yang diduduki. Mereka melancarkan kempen yang menggabungkan pembersihan etnik, pembakaran rumah dan harta benda penduduk asli, pencerobohan tanah, serta keganasan yang tidak terkawal. "Tebing Barat sangat tidak stabil sekarang," kata Menteri Luar Palestin itu. Sumber : Berita Harian
|
Decaffeinated replied at 29-1-2026 06:37 PM
'manakala negara Islam yang berpengaruh seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Mesir, Jordan, Turkiye ...

supernaturalee replied at 30-1-2026 08:01 PM
ada jugak yg komen psl tudung eh kt sini
igtkan kt fb jer
Dwdrum replied at 31-1-2026 12:11 PM
Ini glamour and famous level....

Decaffeinated replied at 30-1-2026 10:37 AM
'manakala negara Islam yang berpengaruh seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Mesir, Jordan, Turkiye ...
Dwdrum replied at 31-1-2026 08:29 AM
Malaysia mahu israel hilang dari middle east map dari pilih untuk peace...
Yang join majority ini ...
Dwdrum replied at 31-1-2026 08:29 AM
Malaysia mahu israel hilang dari middle east map dari pilih untuk peace...
Yang join majority ini ...
axl_bach replied at 31-1-2026 12:49 PM
Nope, yg mahu Israel hilang adalah PAS.... Basicly negara kita nk kewujudan 2 negara yg berjiran d ...
Decaffeinated replied at 31-1-2026 04:53 PM
but our media guna istilah 'negara haram' or is it haram sekarang tapi halal kemudian?
piyek92 replied at 30-1-2026 11:48 AM
tudung mana kak
supernaturalee replied at 31-1-2026 12:01 PM
ada jugak yg komen psl tudung eh kt sini
igtkan kt fb jer
axl_bach replied at 1-2-2026 06:27 AM
Selagi x bersempadan dgn sempadan 1967, ianya adalah negara haram lah, itu pra starat negara kita ...
Decaffeinated replied at 1-2-2026 10:00 AM
Sempadan baru tu drawn selepas perang 6 hari tu. Egypt, Syria, Jordan kata apa minta pulang balik ...
axl_bach replied at 30-1-2026 08:49 PM
Nope, yg mahu Israel hilang adalah PAS.... Basicly negara kita nk kewujudan 2 negara yg berjiran d ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.037748 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.