CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Isteri Saya Terima Waktu Pakai Jam Harga RM30 Sahaja’ – Ryzal Ibrahim Tekankan Jangan Pilih Pasangan Kerana Harta

4-2-2026 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9913| Komen: 11

 



Selebriti media sosial dan usahawan, Ryzal Ibrahim, baru-baru ini menarik perhatian warganet selepas berkongsi pandangannya tentang pemilihan pasangan hidup.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menegaskan bahawa hubungan rumah tangga tidak sepatutnya dinilai hanya berdasarkan harta atau kemewahan.

Ryzal juga berkongsi pengalaman peribadinya apabila isterinya, Maryam Younarae, menerima dirinya seadanya sejak awal perkenalan, walaupun ketika itu dia hanya memakai jam berharga RM30 dan masih merokok.

 


"Isteri saya dahulu terima saya waktu saya hanya memakai jam plastik berharga RM30 sahaja di pergelangan tangan.

Ketika itu juga saya masih merokok."

Katanya lagi, meskipun kini dia mampu memiliki jam mewah seperti Rolex Daytona, perkara tersebut tidak pernah menjadi ukuran dalam hubungan mereka.

Tambahan, Ryzal menasihatkan agar harta atau jenama tidak dijadikan sandaran dalam memilih pasangan hidup.

"Bertahun-tahun kemudian, saya mampu memiliki jam Daytona, tetapi isteri saya tetap tidak mempedulikannya.

 Jangan sesekali memilih pasangan hidup berdasarkan harta atau jenama."

Dalam hantaran yang sama, Ryzal turut menekankan kepentingan keikhlasan dalam menerima kelemahan pasangan serta yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang dalam setiap perjalanan kehidupan.

"Pilihlah seseorang yang ikhlas menerima kelemahan kita dan yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang."

Sumber: Threads, Oh Bulan


 
 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-2-2026 12:54 PM
Jam apa tu harga rm30?


Quote sharlenetexas 4-2-2026 12:55 PM
sharlenetexas replied at 4-2-2026 12:54 PM
Jam apa tu harga rm30?

Tgk yg murah mcm q&q susah nak dapat harga rm30.


Quote likilu 4-2-2026 12:56 PM
So takkan semua org nak kawen ngan bini low expectation ko?
Quote nisako 4-2-2026 01:09 PM
ikut suka le nak pilih yg kaya ke miskin ke.........
Quote Perils 4-2-2026 01:36 PM
Dh mula dah MO hidup terpaling susah
Quote sukacactus 4-2-2026 01:46 PM
Nak pilih pasangan bkn ada template
Ko cari la yg padan dgn ko
Yg sesuai dgn ko, xsemestinya sesuai dgn org lain
Quote boudinniA 4-2-2026 02:07 PM
Sibuknya lelaki2 sekarang bagi pendapat itu ini.
Pesanan ni pun sangat sesuai untuk orang lelaki. Sebab sekarang makin ramai lelaki cari perempuan berduit. Lelaki2 macam ni nak senang. Taknak tanggung famili sorang2. Theyols suka guna ayat isteri kena """bantu""" suami.
Quote prince_marhaen 4-2-2026 02:14 PM
nyahhh.... ko kenal mekyam pun masa kat Seoul, study+kerja sponsorship... sebelum gi korea pun kau intern & kerja kat Media Prima....mak kau pun berapa kali gi Korea time ko kat sana kan... kat Kelantan pun bukan miskin pun rumah besau... dah start dah propa miskin jijan seman tu..
Quote piahsemah 4-2-2026 02:59 PM
prince_marhaen replied at 4-2-2026 02:14 PM
nyahhh.... ko kenal mekyam pun masa kat Seoul, study+kerja sponsorship... sebelum gi korea pun kau i ...

Mo yg sama la so call influncerrr ni kan..mkn nasi dgn garam la..contohh

Heols ni mmg study korea sana ka
Kerja apa dia ni sebelum jd instapemes
Quote silance 4-2-2026 03:02 PM
RM30 tu was nilai duit 10 taun lepas kot. Kalu sekarang about nlai RM100+ la.
Quote prince_marhaen 4-2-2026 04:28 PM
piahsemah replied at 3-2-2026 08:59 PM
Mo yg sama la so call influncerrr ni kan..mkn nasi dgn garam la..contohh

Heols ni mmg study korea ...

Dia budak ASWARA, masscom, pastu intern kat Media Prima, pastu sambung study degree masscom jugak kat Korea tu.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058705 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top