|
KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menyelesaikan terlebih dahulu isu kuil Hindu yang tidak mempunyai dokumen sebelum melaksanakan sebarang tindakan perobohan, kata Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Malaysia, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.
Beliau berkata, pendekatan melabel kuil lama sebagai ‘haram’ tanpa memahami latar belakang sejarah hanya akan memburukkan keadaan dan menjejaskan keharmonian antara agama. “Kerajaan mesti menyelesaikan isu dokumentasi dan status tanah terlebih dahulu. Jangan terburu-buru mengambil tindakan yang akhirnya merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Loga, akar masalah tersebut bermula sejak zaman penjajahan British apabila ratusan ribu pekerja India dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah dan kelapa sawit melalui sistem buruh kontrak dan sistem Kangani. “Pekerja ini ditempatkan di estet-estet, disediakan rumah, sekolah Tamil dan kuil. Namunsemua kemudahan ini dibina di bawah pengurusan ladang tanpa sebarang dokumentasi rasmi pemilikan tanah,” ujarnya. Beliau berkata, ketika itu, aspek pemilikan tidak diberi perhatian kerana tanah diurus sepenuhnya oleh pihak syarikat perladangan dan pentadbiran kolonial. “Apabila negara beralih kepada ekonomi perindustrian dan bandar bermula 1970-an, banyak ladang ditutup. Pekerja India kehilangan tempat tinggal dan dipindahkan, tetapi isu tanah kuil tidak pernah diselesaikan,” jelasnya. Menurut Loga Bala, kegagalan kerajaan menyediakan pelan penempatan semula yang menyeluruh menyebabkan masyarakat India terus terperangkap dalam kemiskinan bandar dan pekerjaan bergaji rendah. “Kegagalan sejarah ini memberi kesan berpanjangan, termasuk kewujudan kuil-kuil tidak berdokumen sehingga hari ini,” katanya. Beliau menegaskan, adalah tidak adil untuk merobohkan kuil lama yang telah wujud puluhan tahun dan mempunyai nilai sejarah serta sosial yang tinggi. “Kuil-kuil ini bukan dibina secara sewenang-wenangnya. Ia lahir daripada corak penempatan zaman penjajahan dan pengorbanan generasi terdahulu,” katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menolak pandangan yang menganggap semua kuil tidak berdokumen sebagai binaan haram. Loga Bala turut menggesa campur tangan langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merangka penyelesaian nasional yang lebih menyeluruh. “Kita perlukan dasar nasional untuk melindungi rumah ibadat, mengesahkan status tanah dan mengembalikan maruah masyarakat Hindu. Ini bukan tuntutan politik, tetapi tanggungjawab sejarah negara,” katanya. Beliau berkata, penyelesaian adil terhadap isu ini adalah penghargaan terhadap sumbangan besar masyarakat India dalam membangunkan ekonomi awal Malaysia. Sumber – MalaysiaGazette
|
silance replied at 10-2-2026 05:49 PM
Madani baru 3 taun++. Sebelum ni berapa puluh taun was umngok. Tapi diorang pun ada buat first step ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.278155 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.