CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Soalan kegemaran intern, ‘Dah boleh balik ke belum?’ - Shiha Zikir

19-2-2026 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38880| Komen: 11

 


Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang pelatih industri di syarikat miliknya apabila individu terbabit didakwa tidak menunjukkan disiplin serta etika kerja memuaskan.

Ujar Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir, 38, sepanjang mengendalikan perniagaan sendiri, pengalaman berdepan pelatih sebegitu merupakan kali pertama berlaku dan cukup menguji kesabaran sebagai majikan.

“Sejak ada syarikat, ini kali pertama saya dapat intern selalu lambat. Ambil kunci pejabat konon nak datang pagi, tapi muncul petang.

“Masuk bilik CEO sesuka hati, staf lain pula terpaksa tunggu dia. WhatsApp tak balas, telefon pun tak berjawab. Soalan kegemaran pula, ‘dah boleh balik belum?’,” katanya dalam Threads.

Lebih mengecewakan kata pelantun Irama itu, pelatih tersebut didakwa gagal memberi sebarang perkembangan tugasan sebelum menghilangkan diri begitu sahaja selepas mendakwa mengalami keletihan melampau.


“Tiada sebarang kemas kini kerja. Hari ketiga tiba-tiba cakap penat melampau, kemudian terus hilang tanpa khabar berita.

“Maaf cakap, saya memang tak berkenan perangai begini,” tegasnya.

Perkongsian tersebut pantas mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju sikap sambil lewa seperti itu bukan sahaja menyusahkan majikan, malah mencerminkan tahap profesionalisme generasi pekerja baharu.

“Kalau masih pelatih pun sudah begitu, bayangkan bila jadi staf tetap.

“Intern sepatutnya datang belajar, bukan menyusahkan orang.

“Disiplin asas seperti menepati masa pun gagal, memang sukar untuk berjaya,” antara komen netizen.

Pun begitu, terdapat juga segelintir pengguna media sosial tampil memberi perspektif berbeza dengan mengingatkan kemungkinan pelatih terbabit berdepan masalah peribadi atau tekanan mental.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarberbisa 19-2-2026 12:40 AM
halah halah si sendu ni
Quote PULANGKAN 19-2-2026 01:01 AM
budak2 intern ni nasib la, ada yang dapat baik betul, time dapat pemalas, kaki gaduh, kaki drama ni, letak je sebelah mesin fotostat. diorang just nak lulus je, bukan nak buat kerja. siap pandang rendah lagi kat staff lain sebab tak berkelulusan. dasar delulu punye budak

tapi bila dapat yang baik, even dah habis intern pun, ada yang dah kerja pun still datang, follow up senior bagai. ada sorang ni rajin belanja laksa lepas solat jumaat.

time praktikal ni, macam2 boleh belajar. kena alert je. tapi kalau hati dah tertutup, kita suapkan pun diorang tanak.
Quote doubleA 19-2-2026 01:07 AM
Report la kt lecturer coordinator praktikal dorang, hal attitude ni boleh report kt lecturer, student praktikal masih student bawah institusi pengajian tersebut. Dalam offer letter or application mesti ada contact lecturer tu
Quote albedah 19-2-2026 06:05 AM
3 hari je kerja ng dia.. Dia boleh bg kunci opis semua???
Quote pocongkiutss 19-2-2026 06:14 AM
albedah replied at 19-2-2026 06:05 AM
3 hari je kerja ng dia.. Dia boleh bg kunci opis semua???

Dia ada kompeniblain selain kedai makan dia tu ke
Quote supernaturalee 19-2-2026 03:24 PM
sure eh ko tak babu kan die?



done bekap dak intern
Quote slyfynx 19-2-2026 03:42 PM
mcm ko pun bos x best.
sekian time kasih
Quote bottombikini 19-2-2026 04:41 PM
kompeni apa dia ada ni
kemain ada intern bagai
Quote NuansaBiru 19-2-2026 11:19 PM
Takat syarikat cikai2, staf ada 2-3 ketul saja sampai budak intern belum 3 hari pun bulih senang2 kasi pegang kunci opis, rentikanlah nak ber ceo ceo bagai...geli geleman mendengarnya
Quote rayna_raynes 20-2-2026 02:56 AM
pocongkiutss replied at 19-2-2026 06:14 AM
Dia ada kompeniblain selain kedai makan dia tu ke

Ada, syarikat event management
Quote rayna_raynes 20-2-2026 02:56 AM
NuansaBiru replied at 19-2-2026 11:19 PM
Takat syarikat cikai2, staf ada 2-3 ketul saja sampai budak intern belum 3 hari pun bulih senang2 ka ...

Still company Sdn Bhd bukannya Enterprise

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 06:17 AM GMT+8 , Processed in 1.399597 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top