|
Pembuli semakin melampau sehingga ke tahap mengejek fizikal anaknya, penyanyi Liza Hanim memanjangkan aduan ke akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PRDM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Liza atau nama lengkapnya Haliza Hanim Abdul Halim, 46, turut mendedahkan akaun serta pemilik Instagram yang membuat komen ‘body shaming terhadap puteri sulungnya, Marsya Qistina menerusi laman sosial. “Body shaming dan buli siber,” tulisnya ringkas merujuk kepada tangkap layar akaun Instagram yang paparkan di Insta Story. Menerusi tangkap layar lain, individu terbabit dengan biadab mengutuk wajah serta fizikal Marsya yang didakwa berbeza dengan teman seangkatan di arena hiburan. Individu sama turut menyarankan agar juara Talk To My Manager (TTMM) itu memilih bidang lain, bukan tampil sebagai penyanyi. “Ada baiknya Marsya tumpukan sahaja dalam pelajaran dan menjadi seorang yang lain dalam bidang profesional tetapi tidak dalam industri hiburan,” tulisnya.
Sebelum itu Liza juga ibu kepada lima anak terkilan apabila Marsya menjadi sasaran kutukan selain didakwa kurang menyerlah walaupun memenangi pertandingan program realiti. Luahan dilakukan susulan hantaran anaknya di media sosial yang membalas kecaman netizen dengan menyatakan fokusnya lebih kepada pelajaran mengundang pelbagai maklum balas. Selain Marsya atau nama pentasnya Marsya Q, antara peserta lain dalam TTMM musim pertama ialah Thalita, Audra, Ammar Haikal, Hadie serta Amad. Sumber – KOSMO! ONLINE |
hmmmdoubleA replied at 19-2-2026 01:12 AM
Sian dari zaman mak sampai ke anak walaupun suara sedap tetap rupa menjadi taruhan. Iols tengok gamb ...

redz85 replied at 19-2-2026 07:39 AM
untuk orang gemuk, jangan pakai tudung macam makcik jual kuih talam bawah kanopi.. pakai lah tudung ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049380 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.