CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41751|Reply: 18

‘Body shaming, buli siber’ – Liza Hanim gesa polis, MCMC bertindak

[Copy link]
Post time 19-2-2026 12:06 AM | Show all posts |Read mode





Pembuli semakin melampau sehingga ke tahap mengejek fizikal anaknya, penyanyi Liza Hanim memanjangkan aduan ke akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PRDM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Liza atau nama lengkapnya Haliza Hanim Abdul Halim, 46, turut mendedahkan akaun serta pemilik Instagram yang membuat komen ‘body shaming terhadap puteri sulungnya, Marsya Qistina menerusi laman sosial.


“Body shaming dan buli siber,” tulisnya ringkas merujuk kepada tangkap layar akaun Instagram yang paparkan di Insta Story.


Menerusi tangkap layar lain, individu terbabit dengan biadab mengutuk wajah serta fizikal Marsya yang didakwa berbeza dengan teman seangkatan di arena hiburan.


Individu sama turut menyarankan agar juara Talk To My Manager (TTMM) itu memilih bidang lain, bukan tampil sebagai penyanyi.


“Ada baiknya Marsya tumpukan sahaja dalam pelajaran dan menjadi seorang yang lain dalam bidang profesional tetapi tidak dalam industri hiburan,” tulisnya.


Sebelum itu Liza juga ibu kepada lima anak terkilan apabila Marsya menjadi sasaran kutukan selain didakwa kurang menyerlah walaupun memenangi pertandingan program realiti.


Luahan dilakukan susulan hantaran anaknya di media sosial yang membalas kecaman netizen dengan menyatakan fokusnya lebih kepada pelajaran mengundang pelbagai maklum balas.


Selain Marsya atau nama pentasnya Marsya Q, antara peserta lain dalam TTMM musim pertama ialah Thalita, Audra, Ammar Haikal, Hadie serta Amad.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah terkejut aku...

Aku bc tajuk xtgk gambar..lepas tu tgk2 terus terkujatttthmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko tukar nyah ambik mua talita anak mira tu
Stylist pun takyah share lah.. pesen mak²
Kang cakap marah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian dari zaman mak sampai ke anak walaupun suara sedap tetap rupa menjadi taruhan. Iols tengok gambar di atas pun sheram. Berkali tengok, mungkin mekap and styling patut lebih penampilan gen z sekarang, bukan pesyen macam mak2. Marsya ni lebih kurang umai pulak tengoknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-2-2026 01:12 AM
Sian dari zaman mak sampai ke anak walaupun suara sedap tetap rupa menjadi taruhan. Iols tengok gamb ...

Umai dah slim kan skrg? Last tgk konsert Legacy 30 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis n mcmc klu bertindak kena ada report kan? Acik lijah dh report?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2026 07:39 AM | Show all posts
untuk orang gemuk, jangan pakai tudung macam makcik jual kuih talam bawah kanopi.. pakai lah tudung yang menutup pipi yang tembam tu.. pepandai lah adjust biar muka nampak bujur..

elak pakai tudung berbalut kepala macam turban,, kau tembam, nampak macam lollypop.. tak cantik..

elak kan pakai gaun yang berserabut macam mak kau.. takde function sebenar nya..

kau tu muda,. pakai something simple.. blouse yang cantik, takde ropol ropol.. takde reben.. takde peplum.. tak ketat, tutup punggung.. + pakai seluar panjang.. settle!!

paling senang pakai pant suit.. pakai tak lebih 3 warna..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
umai 2.0...memakcik ko dek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Review salah tak review salah

Tapi nak anak jadi sumber hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 03:21 PM | Show all posts
linda martopo nihhh


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 03:51 PM | Show all posts
dh jadi retis..ini dunia nya.. ko bertahan la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknya lawa sikit drp anaknya. Jujur ckp MQ ni xde rupa paras utk melayakkan dia jadi retis dan popular walopun suara ko sedap dik. Dia copy paste muka dan badan berisi ayah dia. Kalo ikut belh mak dia, ms jd retis dulu kurus je dan ada rupa la jugak walopun muka dia ada bekas jerawat berlubang
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia yg kuat mengutuk manusia lain ni adalah manusia hebat. Hebat sb x takut Allah dan api neraka...bulan puasa pun mereka tetap hebat mengutuk mengeji...tiada beza pun dgn bulan2 biasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
redz85 replied at 19-2-2026 07:39 AM
untuk orang gemuk, jangan pakai tudung macam makcik jual kuih talam bawah kanopi.. pakai lah tudung  ...

Detailed, i like! Apekan daya pakaian sebok nau nk sarat mcmne saratnya lagu2 balada maknya.. terbawak2 gaya 90an.. mmg susah nk ubah sbb membesar tgk omaknya, so dlm otak dia begitulah gaya seorang penyanyi balada.. meols yg bkn penyanyi pon kdg tanpa disedari terikut pemilihan baju mak. Benda ni mmg kena ade org masuk campur, iaitu stylist lah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi artis ni mmg kena lawa dik. Usahakan la lawa tu slow2..Takpelah dik. Fokus belajar and nyanyian tu je. Arwah Adibah noor pun happy je gemok and single janji ade duit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 09:18 PM | Show all posts
menangis acik liza baca komen jujur acik por
sheols dah buat police report kata anak kena body shaming
adakah bakalan buat police report utk acik port juga?

mohon sheols ubah cara penampilan anak dara
dan be open minded terima teguran bab penampilan anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg iols tgk baju mak elok je kaler untuk org muda.. bila berdua mesti dak tu dipakaikan mesti kaler rentua.. pesen pun rentua
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sepanjang aku bukak thread takde pun yang hina rupa anak dia cuma org cakap dia kurang menyerlah je berbanding odah and talita..

anak dia ada vibe aina abdul dulu suara sedap tapi kena amek masa untuk create imej..tapi nak nasihat kalau dah try macam2 tak jadi stop je la penyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 12:08 AM | Show all posts
Free nau masa polis nk layan kes sebegini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.472231 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list