KUALA LUMPUR 11 Julai - Pelakon Fiza Halim, 32, terpaksa membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Menurut Fiza, persiapan dan persediaan untuk perkahwinannya telah dibuat beberapa bulan lalu tetapi apakan daya, mereka tiada jodoh dan tidak dapat meneruskan perkahwinan itu pada bulan lalu. "Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku," kata ibu tunggal beranak dua ini kepada Utusan Online di sini hari ini. Bagaimanapun, Fiza enggan mendedahkan identiti lelaki yang melamar dirinya itu, memandangkan kisah itu tidak lagi perlu untuk dibicarakan. "Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda. "Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa," kata bekas anggota kumpulan Elite yang baru tampil dengan imej bertudung ini. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim telah bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada 4 November 2010. Pendedahan Fiza secara eksklusif mengenai isu perkahwinan tidak menjadi ini boleh dibaca dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia esok. - UTUSAN ONLINE
|
koko2 posted on 11-7-2013 03:40 PM
tak yah la nak pikir kawen len..
bela anak dara 2 org tu elok2...
pi mintak keja tetap..jadi secre ...
nurfariezza posted on 11-7-2013 03:55 PM
a'a...mcm logik jgak...siap mentioned penyanyi wanita 90an plak 2...
mixed posted on 11-7-2013 03:58 PM
x sama bila digoogle
sb tu aku delete
yg wan shades x jd kawen dgn pelakon 90an shila lama ...
mixed posted on 11-7-2013 03:58 PM
x sama bila digoogle
sb tu aku delete
yg wan shades x jd kawen dgn pelakon 90an shila lama ...
ADVERTISEMENT