![]() MINAT mendalam dalam dunia seni lakonan, membuatkan aktres Luna Maya terus melebarkan sayapnya untuk menjadi pengarah terkenal. Menurut sumber, walaupun bukan mudah untuknya bergelar pengarah, namun dengan semangat yang tinggi dia mampu lakukannya. "Memang ada pihak yang mempertikai kemampuannya namun bagi Luna ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan impiannya itu. "Malah dia kini juga banyak belajar dan mendalami ilmu sebagai pengarah. Dengan pengalaman yang ada, saya percaya dia mampu pergi lebih jauh," kata sumber. Dalam pada itu, filem pertama arahannya, Pintu Harmonika, mendapat sambutan yang baik di kalangan peminatnya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051638 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.