CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hak Asasi : Parti Liberal Halalkan Seks Dengan Adik Beradik Dan Mayat

24-2-2016 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11520| Komen: 50


Oleh : Dean BZ



Semakin hari, semakin banyak kejadian pelik dan kerosakan berlaku diatas muka bumi ini. Perperangan, bencana alam dan keruntuhan moral dikalangan manusia dilihat semakin membimbangkan. Ditambah lagi dengan kewujudan organisasi yang kononnya memperjuangkan hak asasi sehingga bermacam tuntutan tidak masuk akal turut diperjuangkan.

Memetik dari MyNewshub, Parti Liberal Sweden yang kebanyakannya terdiri daripada ahli parlimen belia telah menyatakan petisyen untuk membenarkan dan menghalalkan perlakuan seks antara adik-beradik berusia lebih 15 tahun dan juga mayat.

Menurut mereka, walaupun ramai yang melihat perlakuan seks jenis itu sangat menjijikkan namun ianya tidak bermakna ia harus diharamkan.

Mereka dikatakan ingin memperjuangkan hak asasi manusia selain seks antara mayat itu perlu mendapat keizinan daripada individu itu sendiri sebelum dirinya mati.

Presiden Parti Liberal Sweden, Cecilia Johnsson.


Menurut presiden parti itu, Cecilia Johnsson, mereka mewakili suara anak muda dan langkah ini adalah salah satu daripada anjakan paradigma yang cuba dibawa mereka untuk kebaikan rakyat di sana. (baca selanjutnya).


 

Petisyen yang dituntut oleh parti ini dilihat tidak masuk akal dan amat bertentangan dengan norma manusia. Atas dasar apakah manusia perlu mempunyai hak untuk lakukan seks dengan adik beradik mahupun mayat? Sudah berkurangkah pasangan bukan mahram dimuka bumi ini sehingga mayat yang sudah tidak bernyawa turut dijadikan tempat melampias nafsu serakah.

Jika tuntutan seperti ini diluluskan, tidak mustahil suatu hari nanti akan ada juga tuntutan seperti hak untuk merompak, pecah masuk rumah, merogol dan juga membunuh. Teruk kan jika ia benar-benar berlaku. - CARI Infonet.






Sumber - mynewshub.cc


*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

8

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote the_killer 24-2-2016 12:10 PM
tak mustahil nanti di Malaysia pon akan dilaksanakan atas dasar hak asasi manusia
Quote Teru2Bozu 24-2-2016 12:12 PM
tak dapat ku bayangkan
Quote JohnDeSouza 24-2-2016 12:13 PM
Cunnya cecilia johnssons
Quote naszrain 24-2-2016 12:15 PM
Kenapatak halalkan pedo sekali. Seks dgn kanak2.. hak asasi manusia jgk kan..
Quote shamsadis 24-2-2016 12:24 PM
Dapat anak nanti, dapat talasemia ,seksa ooo
Quote kemaruk 24-2-2016 12:28 PM
bestiality sekali ye

Quote sharlenetexas 24-2-2016 12:31 PM
cecilia tu pernah ngesek dgn adik beradik dan mayat ke?
Quote bellaa 24-2-2016 12:43 PM
speechless                                
Quote naina 24-2-2016 12:50 PM
Eei geli..cecillia ni pnh kot ngeseks ngn adik bradik dia
Means klu abg dia minx dia xleh r tolak
Sdgkan kawen ngn sepupu pun xgalak
Ni kan pula adik bdik
T lame2 keturunan tu pelik dan cacat
Nauzubillahiminzalik
Quote DayangKirana 24-2-2016 12:55 PM
oh mai..dengan mayat..?
bukan ke necrophilia ni considered as mental disorder ke?
liberal la sangat...
Quote ussopp 24-2-2016 01:05 PM
Prinsip humanist ni, selagi tak mencederakan , semua nk dihalalkan....

Yg tinggal hanya sisa2 jengkel perasaan ja...

Lepas semua jengkel dah hilang, semua hal bole halal....
Dulu2 ,, bab gay kontroversi mcm ni la....lama2 ok ja....bila Tuhan dh hilang, ini lah kesudahan moral....yakni, manusia tentukan baik buruk dr pandangan samada mencederakan atau tidak....islam ada mendidik dgn rotan maka dikira jahat sbb mencederakan.......seks dgn gay ok,, sbb tak mencederakan.  Itulah kesudahannya....sbb tu, kebenaran bkn milik kita, tp milik Yang Di Atas....dan ia tidak perlu justifikasi naif humanist...wallahua lam
Quote mizzmimi 24-2-2016 01:08 PM
punya ramai manusia bukan muhrim dalam dunia ni

ngan adik beradik pun ko selera ke
Quote mizzmimi 24-2-2016 01:09 PM
orang hidup ramai ko nak ngeseks ngan mayat

sakit mental
Quote sempeneh 24-2-2016 01:12 PM
Negara yang lantang bersuara utk puak atheist dan murtad

takbir !
Quote mzzenma 24-2-2016 01:35 PM
naina replied at 24-2-2016 12:50 PM
Eei geli..cecillia ni pnh kot ngeseks ngn adik bradik dia
Means klu abg dia minx dia xleh r tolak
...

Hujung2 jadi mcm dlm cerita wrong turn tu

Tu semua hasil inbreeding lah tu
Quote Decaffeinated 24-2-2016 01:37 PM
anak nabi adam dulu pun diberitakan kawin adik beradik.....

so manusia ini capable of falling in love dengan siblings?

I can live with that provided that dorang tak perlu declare kepada orang lain.

Seks dengan mayat tu kalau ada wasiat bertulis dari mayat itu semasa hayatnya OK kot.... otherwise it is rape.

Quote hanakikan 24-2-2016 01:46 PM
Dorang phn tak kisah. Muda2 sana mostly atheist.
Quote psychobubble 24-2-2016 01:50 PM
teringat cter x files dedulu kala...psl 3 beradik nih incest dgn mak dorg sendiri
mak dorg kudung xde tgn kaki gtu sbb eksiden rsnye...very disturbing la episod ni
mmg muke masing2 teruk gile...sbb dorg pn hasil incest mak bapak dorg
Quote Simunggu 24-2-2016 01:54 PM
agak agak parti mana yg menghalakan LGBT..yg sebok bergambar dgn si Alvin pelahap babi...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048825 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top