Oleh Izzah Abbasy
Semuanya gara-gara sumi. Tapi, sumi tak bersalah pun tau. Hehehe. Seronoklah tengok ramai yang mempunyai idea kreatif untuk mempelbagaikan cara masakan tidak kiralah dariapda masakan berat sehinggalah yang semudah-mudah untuk dimakan. Begitulah dengan Puding Sumi ini. Jom cuba buat pula puding ini. Anak-anak pasti suka. Sebelum anda teringin nak buat, nak pesan awal-awal. Kalau boleh kurangkan manis tau! Mana tidaknya bahan-bahan yang digunakan semua boleh potong kaki dengan susu lagi, gula pula ditambah. Jangan esok-esok banyak pula penyakit menyerang. - CARI Infonet Bahan – bahan
1 Paket Agar2 Tali 37.5g 8 Cawan air 1 1/4 Cawan gula pasir 1 Tin Susu Cair 2 Paket Sumi Cara-cara Penyediaan 1) Masakkan agar-agar tadi hingga betul-betul hancur. 2) Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur. 3) Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar-agar cepat berair. 4) Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati. 5) Perlahankan api. 6) Sebelum tu susun sumi di dasar acuan. 7) Masukkan agar-agar sedikit demi sedikit supaya sumi stabil dan melekat. 8) Boleh curahkan agar-agar bila sumi dah melekat. 9) Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya. Sejukkan dalam peti ais.
Kredit : Facebook Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta |
krustykrab replied at 1-4-2016 05:23 PM
susah betul nak cari sumi jelly ni...
salmon-suki replied at 1-4-2016 05:07 PM
Dapnyeeeeeeeeeee..........kena buat ni
CARI-IIN replied at 1-4-2016 05:28 PM
Cepat buat. Nanti share tau
ADVERTISEMENT