Oleh Izzah Abbasy
Semuanya gara-gara sumi. Tapi, sumi tak bersalah pun tau. Hehehe.
Seronoklah tengok ramai yang mempunyai idea kreatif untuk mempelbagaikan cara masakan tidak kiralah dariapda masakan berat sehinggalah yang semudah-mudah untuk dimakan. Begitulah dengan Puding Sumi ini. Jom cuba buat pula puding ini. Anak-anak pasti suka.
Sebelum anda teringin nak buat, nak pesan awal-awal. Kalau boleh kurangkan manis tau! Mana tidaknya bahan-bahan yang digunakan semua boleh potong kaki dengan susu lagi, gula pula ditambah. Jangan esok-esok banyak pula penyakit menyerang. - CARI Infonet
Bahan – bahan
1 Paket Agar2 Tali 37.5g
8 Cawan air
1 1/4 Cawan gula pasir
1 Tin Susu Cair
2 Paket Sumi
Cara-cara Penyediaan
1) Masakkan agar-agar tadi hingga betul-betul hancur.
2) Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur.
3) Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar-agar cepat berair.
4) Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati.
5) Perlahankan api.
6) Sebelum tu susun sumi di dasar acuan.
7) Masukkan agar-agar sedikit demi sedikit supaya sumi stabil dan melekat.
8) Boleh curahkan agar-agar bila sumi dah melekat.
9) Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya. Sejukkan dalam peti ais.
Kredit : Facebook Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta
|