CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dengar Jawapan Dr Zakir Bila Pelajar Ini Cuba Provok Isu Politik

11-4-2016 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10245| Komen: 34

Oleh Adib ZA



Kehadiran pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik ternyata menjadi fenomena tersendiri di negara ini. 

Malah seperti yang dilaporkan dalam Mstar Online, kerajaan negeri Terengganu tidak banyak mengeluarkan belanja kerana pendakwah itu keluarkan kos sendiri untuk tujuan menyebarkan ilmu dan dakwah agama. 

Satu contoh yang sangat sukar dicari dan perlu dicontohi lebih ramai lagi. Namun, dalam pada itu adanya status yang dimuat naik di laman sosial memperlihatkan cerita kurang enak berlangsung ketika ceramah itu.

Kisahnya, seorang netizen ini bercerita seorang pelajar perubatan dilihat mengeluarkan soalan berbaur politik dan provokasi ketia sesi soal jawab bersama Dr Zakir.


Sesi soal jawab merupakan elemen wajib dalam semua ceramah yang disampaikan pendakwah dari India ini. Soalan yang berbunyi,

"Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?

"Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar berhutan dan menanggung riba.."

Itu antara yang diluahkan oleh pelajar jurusan perubatan sambil menerima tepukan gemuruh dan sorakan. 

Sebelum memberikan buah pendapatnya, Dr Zakir bertanyakan terlebih dahulu dengan kos pengajian doktor di Malaysia.

Ternyata jawapan yang diberikan iaitu RM3,600 sangat mengejutkan penceramah itu. Ini kerana kos pengajian perubatan di kebanyakan negara lain mencecah ratusan ribu. 

Soalan yang dilemparkan sebelum ini bukan sahaja menampakkan kecetekan pemikiran, niat untuk membawakan provokasi atas nama kerajaan sangat tidak wajar. 



(Sumber foto: viralsekarang)



Bukan sahaja menunjukkan pelajar itu tidak bersyukur namun cuba topik politik yang ditanya pada majlis ilmu agama memang tak sesuai.

"But please dont blame your government," ujar Dr Zakir, menurut netizen itu. 

Alangkah bagusnya jika mampu seminit melupakan isu politik. Bukannya ia tidak penting, namun lebih baik tumpukan kepada perkara lebih utama daripada terus mencari salah, malah memalukan diri sendiri. Seperti yang dikatakan oleh netizen ini, pilihan untuk dana menyambung pengajian ada banyak. Buat apa salahkan orang lain. Pilihan terletak di tangan anda sendiri. 

Jangan sampai hilang rasa syukur nikmat hendaknya. - CARI Infonet
21

Bagus
13

Marah
4

Terkejut
13

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzarai 11-4-2016 12:27 PM
kan dah kena cash.
Quote semahsedut 11-4-2016 01:40 PM
silap hb la ko dik
Quote prettyuglybabe 11-4-2016 01:44 PM
dah sendiri pilih nak amik medic, harus la sedia maklum kos pengajian mcm mana..
ada nak salahkan gomen pulak pasal kos semua..
Quote Lollipop111 11-4-2016 02:01 PM
kebanyakan yg sokong pembangkang nih sy sll perhati mmg cetek. pusing2x nk jugakkn kaiktkan perkara tiada kaitan. nk salahkan gov kecuali diri sendiri. MasyaAllah kali ini Allah tunjuk terang2x pemikiran2x extremist mcm nh.
Quote znorm 11-4-2016 02:02 PM
Betul ke budak medic tu? Three thousand sixty hundred? Pengajaran kepada manusia yang kufur nikmat.
Quote Emperor95 11-4-2016 02:02 PM
hormatlah sedikit, perihal majlis ilmu.
Quote Shahreen74 11-4-2016 02:14 PM
RM3600 setahun? biar betul.... setahun tu dik.. bukan sebulan... patut bersyukur lah... RM300 sebulan klu kira ikut bulan... emmm...

**nak tunjuk pandai kot laa.. sekali kene balik kt muka sendiri... huuhuuuhuuu... bravo... Dr. Zakir... org luar lak yg bg kesedaran... malunyer aku...**
Quote imransulaiman 11-4-2016 02:41 PM
Baru je baca status ni dalam benang DZN yang satu lagi...ada forumer upload screenshot...terus jadi tajuk berita benang solo
Quote znorm 11-4-2016 03:03 PM
Edited by znorm at 11-4-2016 03:05 PM

Mohon Kerjasama Utk Isi Petisyen Ini SEGERA
Proteges Dr. Zakir Naik dari seluruh dunia akan hadir di sidang media jam 4.00pm di Hotel Putra hari ini. Kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur semata-mata demi sidang media ini.. "...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah al-Ma'idah ayat 2)

Oleh kerana ini, marilah kita mengisi borang undian ini untuk menyatakan sokongan terhadap Program Syarahan Dr Zakir Naik. Insya Allah, semoga ini merupakan usaha dan jihad kita untuk mempertahankan agama Islam yang diredhai dan dicintai.

Klik link di bawah untuk sokongan. Terima kasih.

http://bit.ly/23nxf3x
Quote zhatul 11-4-2016 03:12 PM
baru lepas dgr pasal kes dia mengaku lebih kristian dari kristian

agak blur lagi ni
Quote LuLu^Lost 11-4-2016 03:15 PM
bukan nak menangkan sesape...cuma nak ty kat adik medik terlebih bijak tu, awat pi luahkan tentang masalah dalaman negara dan minta pula pendapat dan pandangan dari orang luar? macam tak kena ja. macam pukul anak sindir menantu plak. ada vip barisan hadapan yg hadir ke kat majlis tu?
Quote Cyempaka 11-4-2016 03:37 PM
padan muka hiangg... nak tunjuk bagus sgt kan..
Quote -electrifying- 11-4-2016 04:05 PM
rm3600 setahun? wtf? aku amek engineering lg mahal sia
Quote znorm 11-4-2016 04:44 PM
Kesian pulak budak medic tu asik kena troll kat fb. Tak perlu la buat troll ni semua. Mungkin harini 'hari bodoh' dia, 'hari bodoh' tukang troll tak tau lagi macam mana...
Quote salmon-suki 11-4-2016 07:23 PM
Suke dr.zakir naik...cara die jwb soalan sangat tenang dan tepat...xde lawak2 bodoh menampakkan kebijaksanaan die...

Baidewei,kot ye pun benci gomen jgn smpai memalukan diri sndiri dik....kite da
sedia taw gomen kite gitu...xkire laaa set2 umngok atau pembangkang...sembur air liur je lebey...

N 4 solution,mtk laa scholarship...tp make sure result excellent,n betul2 grasp              ilmu tu....lau x,membazir aje support adik      sekawan....
Quote bunnyhoney 11-4-2016 07:31 PM
zhatul replied at 11-4-2016 03:12 PM
baru lepas dgr pasal kes dia mengaku lebih kristian dari kristian

agak blur lagi ni

Byk kali dah dia ckp gtu sebenarnya..dia ckp gitu sbb dia hafal bible dlm pelbagai versi...

Xramai org kristian yg boleh jawab chapter berapa n berapa.tp dia hafal  semua versi...
Quote idakamaruddin 11-4-2016 09:20 PM
Shahreen74 replied at 11-4-2016 02:14 PM
RM3600 setahun? biar betul.... setahun tu dik.. bukan sebulan... patut bersyukur lah... RM300 sebula ...

serius ke 3600 setahun? x sgka murah btl..iolss bajet sebulan 3600..

Quote idakamaruddin 11-4-2016 09:23 PM
bunnyhoney replied at 11-4-2016 07:31 PM
Byk kali dah dia ckp gtu sebenarnya..dia ckp gitu sbb dia hafal bible dlm pelbagai versi...

Xra ...

ha ah dia kan daie yg penuh ilmu..dgr talk ustaz yusuf apa tu yg mat saleh tu pn kagum ngn DZN ni..dia ckp DZN ni mcm ada memori chip otak dia sume dia tau
Quote bunnyhoney 11-4-2016 11:28 PM
idakamaruddin replied at 11-4-2016 09:23 PM
ha ah dia kan daie yg penuh ilmu..dgr talk ustaz yusuf apa tu yg mat saleh tu pn kagum ngn DZN ni. ...

Kat luar sana keterbukaan dalam membincangkan ilmu dan perbezaan agama agak terbuka..walau ada jugak puak2 yg xsenang....

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.074758 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top