Oleh Adib ZA
Kehadiran pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik ternyata menjadi fenomena tersendiri di negara ini.
Malah seperti yang dilaporkan dalam Mstar Online, kerajaan negeri Terengganu tidak banyak mengeluarkan belanja kerana pendakwah itu keluarkan kos sendiri untuk tujuan menyebarkan ilmu dan dakwah agama.
Satu contoh yang sangat sukar dicari dan perlu dicontohi lebih ramai lagi. Namun, dalam pada itu adanya status yang dimuat naik di laman sosial memperlihatkan cerita kurang enak berlangsung ketika ceramah itu.
Kisahnya, seorang netizen ini bercerita seorang pelajar perubatan dilihat mengeluarkan soalan berbaur politik dan provokasi ketia sesi soal jawab bersama Dr Zakir.
Sesi soal jawab merupakan elemen wajib dalam semua ceramah yang disampaikan pendakwah dari India ini. Soalan yang berbunyi,
"Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?
"Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar berhutan dan menanggung riba.."
Itu antara yang diluahkan oleh pelajar jurusan perubatan sambil menerima tepukan gemuruh dan sorakan.
Sebelum memberikan buah pendapatnya, Dr Zakir bertanyakan terlebih dahulu dengan kos pengajian doktor di Malaysia.
Ternyata jawapan yang diberikan iaitu RM3,600 sangat mengejutkan penceramah itu. Ini kerana kos pengajian perubatan di kebanyakan negara lain mencecah ratusan ribu.
Soalan yang dilemparkan sebelum ini bukan sahaja menampakkan kecetekan pemikiran, niat untuk membawakan provokasi atas nama kerajaan sangat tidak wajar.
(Sumber foto: viralsekarang)
Bukan sahaja menunjukkan pelajar itu tidak bersyukur namun cuba topik politik yang ditanya pada majlis ilmu agama memang tak sesuai.
"But please dont blame your government," ujar Dr Zakir, menurut netizen itu.
Alangkah bagusnya jika mampu seminit melupakan isu politik. Bukannya ia tidak penting, namun lebih baik tumpukan kepada perkara lebih utama daripada terus mencari salah, malah memalukan diri sendiri. Seperti yang dikatakan oleh netizen ini, pilihan untuk dana menyambung pengajian ada banyak. Buat apa salahkan orang lain. Pilihan terletak di tangan anda sendiri.
Jangan sampai hilang rasa syukur nikmat hendaknya. - CARI Infonet |