Berita perkahwinan mengejut pelakon Abby Abadi dengan Farhan dua minggu lepas turut tidak diketahui bekas suaminya, Norman Hakim. Ekoran itu, wartawan media hiburan telah menghubungi suami kepada Memey untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan respon beliau. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan respon Norman tidak berjaya dan hanya diwakili isterinya, Memey Suhaiza. Menurut Memey, dia gembira dengan perkahwinan bekas isteri suaminya itu walaupun secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. "Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya." Ditanyakan samada mereka ada dimaklumkan oleh Abby berkenaan perancangannya untuk berkahwin dalam masa terdekat, Memey hanya menjawab ringkas. "Dia hanya beritahu 'hint' dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini."
|
TipahTernoda posted on 1-8-2013 03:19 PM
nikah di bulan puasa harus noq...tapi kawin di bulan puasa kena bayar denda..hehehe
ADVERTISEMENT