|
oleh Adib Za Semakin dekat raya, rasanya buah nenas makin laris di pasaran. Apa tidaknya, ia merupakan bahan utama dalam kuih raya paling popular iaitu tat nenas. Namun, ramai lagi yang masih tak tahu penyediaan jem nenas yang bukan sahaja dijadikan bahan dalam kuih tersebut.
Jem nenas ini juga boleh anda simpan untuk disapu pada roti atau biskut. Memang lazat. Jimat dan lebih terjamin kebersihannya. Jom cuba resipi jem nenas seperti yang dipetik dari blog Hazila ini: Bahan bahan 2 biji buah nenas
200 gm gula pasir 1 batang kulit kayu manis 1 sudu tepung ubi Cara cara 1. Kisar buah nenas hingga hancur. 2. Masukkan ke dalam kuali bersama sama dengan kulit kayu manis. Biarkan ia di atas api hingga jusnya hampir kering. 3. Masukkan gula dan gaul rata. Masak di atas api kecil hingga hampir kering dan pekat. 4. Boleh masukkan tepung ubi untuk memekatkan lagi jem. 5. Bila masak, sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. - CARI Sumber resipi: Blog Hazila |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:42 AM GMT+8 , Processed in 1.248148 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.