|
oleh Adib ZA Lucu! Pihak pengurusan sebuah syarikat di China telah memaksa pekerja mereka yang gagal mencapai target makan sayur peria yang pahit.
Ia merupakan denda yang dijalankan di Syarikat Dekorasi Leshang di Chongqing, memetik laman People's Daily Online. Seramai 40 orang pekerja dipaksa berdiri sambil mengunyah isi peria di hadapan rakan sekerja yang lain. Malah, pihak pengurusan sengaja mencari peria yang bersaiz besar dan paling pahit di pasar untuk dijadian 'habuan' buat mereka. Ia merupakan hukuman pertama seumpamanya, kerana sebelumnya pekerja di situ diberi denda seperti push up, melompat dan sebagainya. - CARI
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.444173 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.