oleh Adib ZA
Lucu! Pihak pengurusan sebuah syarikat di China telah memaksa pekerja mereka yang gagal mencapai target makan sayur peria yang pahit.
Ia merupakan denda yang dijalankan di Syarikat Dekorasi Leshang di Chongqing, memetik laman People's Daily Online.
Seramai 40 orang pekerja dipaksa berdiri sambil mengunyah isi peria di hadapan rakan sekerja yang lain.
Malah, pihak pengurusan sengaja mencari peria yang bersaiz besar dan paling pahit di pasar untuk dijadian 'habuan' buat mereka.
Ia merupakan hukuman pertama seumpamanya, kerana sebelumnya pekerja di situ diberi denda seperti push up, melompat dan sebagainya. - CARI
Sumber foto: Carian google
|