Oleh : TS LOO Wajah cantik atau hodoh adakah ianya boleh mempengaruhi seseorang mendapatkan pinjaman dari orang yang tidak dikenali?
Demi promosi dan sebagai strategik pemasaran jenamanya, Pusat Penjagaan Kecantikan Jepun,"Bellissima Beauty Clinic" baru-baru ini telah mengupah seorang model dan mekapkan dua jenis wajah iaitu cantik dan hodoh, kemudian model tersebut disuruh berlakon meminjam duit daripada orang awam di sepanjang jalan. sumber foto: suntingan gambar dari video すみませんお金ください Price of beauty Akhirnya didapati ketika berwajah cantik lebih disambut baik dan berjaya meminjam 15,800 Yen atau kira-kira RM606, manakala wajah yang bermekap hodoh hanya dapat pinjaman sebanyak 2000 Yen sahaja atau kira-kira RM77.
Dalam rakaman video, model tersebut berpura-pura beritahu duit dompet dan telefon bimbitnya telah pun dicuri orang dan konon terpaksa meminta duit daripada orang yang tidak dikenali. Hasilnya, ketika model itu bermekap hodoh, orang ramai yang ditemui kebanyakan beritahu bahawa diri mereka tidak bawa duit keluar rumah. Sementara itu, apabila bermekap cantik dengan berpakaian yang sama seperti ketika berwajah hodoh dan bertindak meminjam duit daripada orang awam di tepi jalan hasilnya berbeza langsung. Kebanyakan orang mengeluarkan duit untuk membantu perempuan yang wajah bermekap cantik. Paparan video menunjukan pada hakikatnya wujudnya ketidaksamaan dalam masyarakat kita, biarpun rakyat Jepun yang sering dianggap sebagai orang yang bersifat prihatin tetap memberi layanan yang lebih bagus kepada perempuan yang cantik. Netizen berpendapat : " Kisah tersebut mengingatkan kita sebelum membuat pinjaman perlulah mekap wajah dulu!" Tetapi ada pula menyatakan: disebabkan ianya merupakan iklan bagi sebuah pusat penjagaan kecantikan, jadi tidak boleh dijadikan sebagai contoh.- CARI sumber info: https://www.youtube.com/watch?v=DC7hlqO5KjA
|
36
Bagus |
7
Marah |
26
Terkejut |
19
Sedih |
26
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT