CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3026|Reply: 6

Video Ini Buktikan, Wanita Berwajah Cantik Mudah Dapat Duit

[Copy link]
Post time 29-7-2016 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





Wajah cantik atau hodoh adakah ianya boleh mempengaruhi seseorang mendapatkan pinjaman dari orang yang tidak dikenali?


Demi promosi dan sebagai strategik pemasaran jenamanya, Pusat Penjagaan Kecantikan Jepun,"Bellissima Beauty Clinic" baru-baru ini telah mengupah seorang model dan mekapkan dua jenis wajah iaitu cantik dan hodoh, kemudian model tersebut disuruh berlakon meminjam duit daripada orang awam di sepanjang jalan.



sumber foto: suntingan gambar dari video すみませんお金ください Price of beauty


Akhirnya didapati ketika berwajah cantik lebih disambut baik dan berjaya meminjam 15,800 Yen atau kira-kira RM606, manakala wajah yang bermekap hodoh hanya dapat pinjaman sebanyak 2000 Yen sahaja atau kira-kira RM77.



Dalam rakaman video, model tersebut berpura-pura beritahu duit dompet dan telefon bimbitnya telah pun dicuri orang dan konon terpaksa meminta duit daripada orang yang tidak dikenali.


Hasilnya, ketika model itu bermekap hodoh, orang ramai yang ditemui kebanyakan beritahu bahawa diri mereka tidak bawa duit keluar rumah.


Sementara itu, apabila bermekap cantik dengan berpakaian yang sama seperti ketika berwajah hodoh dan bertindak meminjam duit daripada orang awam di tepi jalan hasilnya berbeza langsung.


Kebanyakan orang mengeluarkan duit untuk membantu perempuan yang wajah bermekap cantik.









Paparan video menunjukan pada hakikatnya wujudnya ketidaksamaan dalam masyarakat kita, biarpun rakyat Jepun yang sering dianggap sebagai orang yang bersifat prihatin tetap memberi layanan yang lebih bagus kepada perempuan yang cantik.


Netizen berpendapat : " Kisah tersebut mengingatkan kita sebelum membuat pinjaman perlulah mekap wajah dulu!"


Tetapi ada pula menyatakan: disebabkan ianya merupakan iklan bagi sebuah pusat penjagaan kecantikan, jadi tidak boleh dijadikan sebagai contoh.- CARI









sumber info: https://www.youtube.com/watch?v=DC7hlqO5KjA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2016 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Along tak pandang rupa,pinjam saja dengan along kalau rupa buruk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Normal la..  Manusia mmg suka tgk yg cantik2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 12:38 AM | Show all posts
cehhhh iklannnn klinik kecantikannn....atleast xde la 18sx mcm kak bapook tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau muka cantik, separuh masalah hidup kau dah settle..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 12:02 PM | Show all posts
sapa yang suka puji orang jepun ni berbudi bahasa pembersih duduk hotel tak macam orang Malaysia bagus  tengok video ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2016 06:30 PM | Show all posts
biasa la judge a book by its cover
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038816 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list