CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Doktor Terkejut Buruh Bangladesh Yang Dirawat Adalah Pakar Farmasi

4-8-2016 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9758| Komen: 34


Oleh : Dean BZ

Sumber foto - Siakap Keli


Di dalam kehidupan ini, tidak semua orang layak dan berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading. Sekalipun layak dan telah mempunyai kelulusan dalam mana-mana bidang yang dipelajari, ia juga bukan jaminan untuk mendapat pekerjaan yang bagus.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor dari Johor Baharu, Dr. Goh Aik Ping, melalui laman Facebooknya menceritakan pengalaman unik dan menarik selepas merawat seorang pesakit yang merupakan seorang buruh binaan warga Bangladesh.

Beliau memberitahu dia berasa terkejut rupanya pekerja buruh binaan yang berpakaian lusuh dengan memakai kasut binaan berwarna kuning ala-ala “Phua Chu Kang” berkenaan merupakan seorang yang amat mahir dalam terma perubatan moden.

Ianya disedari apabila pekerja berkenaan meminta beliau merawatnya masalah kesihatanya dengan menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan untuk merawat penyakitnya.


“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.

Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin, nama-nama yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.

“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya seperti dialih bahasa oleh Thecoverage.

Tindakan pesakit berkejaan membuatkan Dr Goh terkejut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya buruh binaan Bangladesh ini membuatkan dia cuba mengupas identiti sebenar lelaki itudan akhirnya terjawab dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.

“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan negara itu ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata pesakit.

Dr Goh dalam pada pada itu membaritahu dia berasa sedih kepada lelaki itu kerana dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk daang ke bumi Malaysia menjadi buruh binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana, kehidupan domestik di sini lebih baik.

“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja.”

Beliau dalam pada itu memikirkan nasib rakyat malaysia jika negara kita berhadapan dengan ketidakstabilan politik, adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, menjadi kuli dan buruh tetapi menikmati hidup yang lebih baik dari negara sendiri. 

Apa yang kita boleh ambil pengajaran dari perkongsian yang penuh manfaat ini? Belajarlah lebih bersyukur dengan apa yang kita ada seperti pekerjaan tetap, kasih sayang, keamanan dan segala yang kita nikmati. Jangan hanya tahu merungut setiap masa dan elakkan sesekali memandang rendah pada orang lain terutamanya yang bekerja dalam sektor pekerjaan sukar, kotor dan berbahaya (3D).  - CARI




Sumber - Siakapkeli.my
6

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 4-8-2016 03:06 PM
ni hassanah versi cina ke?
Quote Artemesiaa 4-8-2016 03:13 PM
Bukan cerita baru pun antara yg dah tahu     atau tidak je
Quote imransulaiman 4-8-2016 03:51 PM
Saya ada kenal pelayan restoran melayu dari Filipina yang ada degree. Serius!
Quote susukambingbest 4-8-2016 03:58 PM
Rmai jah pakistan jual karpet atas moto di kg iol ada phd
Quote kimchipedas 4-8-2016 04:22 PM
Ckit hari lg mesia pun jd cmni ler kalo x setel kn masalah negara dgn bijaksana & adil saksama   
Quote bolamata 4-8-2016 04:27 PM
teringat kisah masa kecik dulu, arwah ayah penah cerita mamat bangla yang jadi pam atendan kat shell depan rmh aku seorang engineer dekat negaranya..datang sini sebab susah cari keje kat sana..

kami adik beradik gelak2 sebab ingat itu alasan arwah abah suruh kami belajar pandai... rupanya betul..
Quote hasniey 4-8-2016 05:31 PM
kt tmpat ai pn rmai cmtu
kt tmpat dia cikgu,kt sini jd buruh kasar
last2 kene buang sbb curik redbull
Quote misscendol 4-8-2016 07:18 PM
so jgn la merendah2kan orang bangladesh. wat lek wat pis selagi x menggugat keamanan sejagat
Quote saladin780 4-8-2016 07:21 PM
ahli farmasi tu bleh la percaya..tapi ada farmasi sendiri tu susah sikit nak percaya..bukan apa bangla ni kekadang sembang kencang jugak
Quote sambaldurian 4-8-2016 07:26 PM
Kwn bapak ak supervisor kilang pasu  pun pnh citer pekerja dia 1st day menangis sbb kena buat pasu.tnya kenapa, ada degree ekonomi OK, dtg msia buat keje cmni.
Quote jazaa100 4-8-2016 07:26 PM
Bangla & pakistan aku tau ramai yg educated....

Tapi Indon, memang hampeh....
Quote Missfadh 4-8-2016 09:01 PM
Boleh percaya kot. Ada juga kenal org bangla kerja supermarket master in linguistic.
Quote alieyrina 4-8-2016 10:32 PM
Aku penah p kilang local ni...bangla2 yg kuli  keja 7 7 tu..ada a few yg ada degree..keja teruk okeh..
Quote LuLu^Lost 5-8-2016 12:12 AM
masa kat uni dulu ada sorang bangla ni keje cashier foodcourt. dia accountant , english bagus. relax je ni keje situ, ceria2. hahaha. mungkin isu yg sama, takde keje kat negara sendiri.

tp ada juga bangladesh keje bagus kat sini, pernah meeting project sekali dengan diorg, lecturer uia. dlm team tu mcm2 negara ada jepun, pakistan termasuk phd student pun org luar, berkulit hitam-xpasti negara mana. nak kata afrika boleh, uganda boleh, somalia pun boleh
Quote harisanis 5-8-2016 12:33 AM
Edited by harisanis at 5-8-2016 12:37 AM

soklan : knapa dorang x gunakn ijazah dorang kerja kat mlysia?
Quote fish 5-8-2016 09:02 AM
kes yg aku tau org pakistan
sepatutnya jd doctor, tp dtg sini jd buruh binaan jg
Quote qiqi 5-8-2016 09:06 AM
maid bos aku pun ada degree...org philiphine
Quote rosasa 5-8-2016 09:37 AM
tak heran akak... lecturer akak bangla mari kat U dulu ... hebat sangat
Quote yokoono 5-8-2016 02:41 PM

Cleaner opis aku pun ade degree in economic. Dtg sini kena kencing dgn agent ckp keje kilang elektronik yg ade air-cond sekali keje food industry and kena jdi cleaner utk office pulak tu. Ckup 3 thn dia balik terus, tak nak sambung kontrak. Tu pun dapat simpan 20K n bwa blk flat screen tv sebijik. Kat sna mahal katanye....

Aku yg da keje 10thn pun xdpt simpan 20k

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.197471 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top