View: 4941|Reply: 34
|
Doktor Terkejut Buruh Bangladesh Yang Dirawat Adalah Pakar Farmasi
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto - Siakap Keli
Di dalam kehidupan ini, tidak semua orang layak dan berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading. Sekalipun layak dan telah mempunyai kelulusan dalam mana-mana bidang yang dipelajari, ia juga bukan jaminan untuk mendapat pekerjaan yang bagus.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor dari Johor Baharu, Dr. Goh Aik Ping, melalui laman Facebooknya menceritakan pengalaman unik dan menarik selepas merawat seorang pesakit yang merupakan seorang buruh binaan warga Bangladesh.
Beliau memberitahu dia berasa terkejut rupanya pekerja buruh binaan yang berpakaian lusuh dengan memakai kasut binaan berwarna kuning ala-ala “Phua Chu Kang” berkenaan merupakan seorang yang amat mahir dalam terma perubatan moden.
Ianya disedari apabila pekerja berkenaan meminta beliau merawatnya masalah kesihatanya dengan menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan untuk merawat penyakitnya.
“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.
Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.
Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin, nama-nama yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.
“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya seperti dialih bahasa oleh Thecoverage.
Tindakan pesakit berkejaan membuatkan Dr Goh terkejut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya buruh binaan Bangladesh ini membuatkan dia cuba mengupas identiti sebenar lelaki itudan akhirnya terjawab dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.
“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan negara itu ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata pesakit.
Dr Goh dalam pada pada itu membaritahu dia berasa sedih kepada lelaki itu kerana dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk daang ke bumi Malaysia menjadi buruh binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana, kehidupan domestik di sini lebih baik.
“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja.”
Beliau dalam pada itu memikirkan nasib rakyat malaysia jika negara kita berhadapan dengan ketidakstabilan politik, adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, menjadi kuli dan buruh tetapi menikmati hidup yang lebih baik dari negara sendiri.
Apa yang kita boleh ambil pengajaran dari perkongsian yang penuh manfaat ini? Belajarlah lebih bersyukur dengan apa yang kita ada seperti pekerjaan tetap, kasih sayang, keamanan dan segala yang kita nikmati. Jangan hanya tahu merungut setiap masa dan elakkan sesekali memandang rendah pada orang lain terutamanya yang bekerja dalam sektor pekerjaan sukar, kotor dan berbahaya (3D). - CARI
Sumber - Siakapkeli.my |
|
|
|
|
|
|
|
ni hassanah versi cina ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan cerita baru pun antara yg dah tahu atau tidak je |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada kenal pelayan restoran melayu dari Filipina yang ada degree. Serius! |
|
|
|
|
|
|
|
Rmai jah pakistan jual karpet atas moto di kg iol ada phd |
|
|
|
|
|
|
|
Ckit hari lg mesia pun jd cmni ler kalo x setel kn masalah negara dgn bijaksana & adil saksama |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kisah masa kecik dulu, arwah ayah penah cerita mamat bangla yang jadi pam atendan kat shell depan rmh aku seorang engineer dekat negaranya..datang sini sebab susah cari keje kat sana..
kami adik beradik gelak2 sebab ingat itu alasan arwah abah suruh kami belajar pandai... rupanya betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
kt tmpat ai pn rmai cmtu
kt tmpat dia cikgu,kt sini jd buruh kasar
last2 kene buang sbb curik redbull |
|
|
|
|
|
|
|
so jgn la merendah2kan orang bangladesh. wat lek wat pis selagi x menggugat keamanan sejagat |
|
|
|
|
|
|
|
ahli farmasi tu bleh la percaya..tapi ada farmasi sendiri tu susah sikit nak percaya..bukan apa bangla ni kekadang sembang kencang jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn bapak ak supervisor kilang pasu pun pnh citer pekerja dia 1st day menangis sbb kena buat pasu.tnya kenapa, ada degree ekonomi OK, dtg msia buat keje cmni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla & pakistan aku tau ramai yg educated....
Tapi Indon, memang hampeh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh percaya kot. Ada juga kenal org bangla kerja supermarket master in linguistic. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah p kilang local ni...bangla2 yg kuli keja 7 7 tu..ada a few yg ada degree..keja teruk okeh.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa kat uni dulu ada sorang bangla ni keje cashier foodcourt. dia accountant , english bagus. relax je ni keje situ, ceria2. hahaha. mungkin isu yg sama, takde keje kat negara sendiri.
tp ada juga bangladesh keje bagus kat sini, pernah meeting project sekali dengan diorg, lecturer uia. dlm team tu mcm2 negara ada jepun, pakistan termasuk phd student pun org luar, berkulit hitam-xpasti negara mana. nak kata afrika boleh, uganda boleh, somalia pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by harisanis at 5-8-2016 12:37 AM
soklan : knapa dorang x gunakn ijazah dorang kerja kat mlysia? |
|
|
|
|
|
|
|
kes yg aku tau org pakistan
sepatutnya jd doctor, tp dtg sini jd buruh binaan jg |
|
|
|
|
|
|
|
maid bos aku pun ada degree...org philiphine |
|
|
|
|
|
|
|
tak heran akak... lecturer akak bangla mari kat U dulu ... hebat sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Cleaner opis aku pun ade degree in economic. Dtg sini kena kencing dgn agent ckp keje kilang elektronik yg ade air-cond sekali keje food industry and kena jdi cleaner utk office pulak tu. Ckup 3 thn dia balik terus, tak nak sambung kontrak. Tu pun dapat simpan 20K n bwa blk flat screen tv sebijik. Kat sna mahal katanye....
Aku yg da keje 10thn pun xdpt simpan 20k |
|
|
|
|
|
|
| |
|