CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bayar Sewa RM 1,000 Sebulan Untuk Bilik Sebesar Tandas, Pengsan!

17-8-2016 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5926| Komen: 16|Original author: Oleh : Dean BZ


Kiri : Wartawan cuba duduk didalam tandas di bilik itu. Kanan : Pelan bilik tersebut.


Kadar sewaan bilik dan rumah di bandar-bandar adalah salah satu beban besar yang perlu dihadapi warga kota yang tidak memiliki rumah sendiri. Mana tidaknya, harga untuk sewaan bilik di bandaraya seperti Kuala Lumpur rata-rata antara RM300-RM600 untuk sebuah bilik. 

Dengan pendapatan yang tidak seberapa serta ruang bilik yang kecil sudah pasti tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 

Baru-baru ini satu video menjadi viral di media sosial China, yang mana merakamkan proses tawar menawar seorang penyewa yang dipercayai seorang wartawan undercover untuk menyewa sebuah bilik di kota raya itu.


Apa yang mengejutkan, harga yang ditawarkan adalah HK$2,000 (sekitar RM1,000) sedangkan bilik itu cuma berukuran 155 cm x 135 cm ataupun sebesar tandas.

Difahamkan, bilik itu dilengkapi dengan tandas, tilam dan juga sinki. Antara ruang tidur dan tandas bilik itu, cuma satu kayu nipis diletakkan untuk memisahkan dua ruangan itu.

Untuk ruang simpanan pula, satu kawasan kecil disediakan di atas tempat tidur dan sebuah almari di luar bilik tersebut.


Di Hong Kong, purata gaji untuk golongan pertengahan adalah HK$14,800  (RM7,609) namun taraf hidup di sana adalah mahal. Menurut Expatistan.com, 12 biji telur ayam (bersaiz besar) di negara itu berharga HK$40 (RM 20).

Walaupun purata gaji golongan pertengahan di Hong Kong dilihat seperti "bergaji besar", tetapi bagaimana pula bagi golongan bawahan yang bergaji kecil dan sanggup berhijrah ke kota untuk mencari sesuap nasi.

Apakah pandangan anda tentang kadar sewaan bilik dan rumah di Malaysia, adakah masih berpatutan atau tidak masuk akal? Bincangkan. - CARI




Sumber : SiakapKeli, Gawker.com, expatistan.com



10

Bagus
23

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
6

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 17-8-2016 02:47 PM
cekik darah. kalau ada duit baik beli rumah terus dari bayar bulan2 macam ni
Quote uniq61 17-8-2016 03:16 PM
BESTNYA HIDUP DI KOTA KUALA LUMPUR ATAU KAT MALAYSIA BAWAH NAJIB..
Quote MissVixen 17-8-2016 03:32 PM
hong kong ke? hk memang mahal.
Quote shark 17-8-2016 04:17 PM

tengok kerajaan BN siap bagi rumah rakyat lagi. sewa pun murah tapi ada jugak yang x bersyukur
Quote -electrifying- 17-8-2016 05:11 PM
what the??
Quote Artemesiaa 17-8-2016 07:16 PM
Hartanah kat HK memang mahal atas factor keluasan tanah negaranya yang amat terhad jadi tak heran le kalau kadar sewanya juga mahal
Quote harisanis 17-8-2016 08:23 PM
perghh..baik tido dlm keta
Quote pr3ttytw33ty 17-8-2016 08:44 PM
bapak mhl! kalo sewa kt bilik stor, aku tabah lg. ni kt tandas??? huk alohh
Quote farhana008 17-8-2016 08:58 PM
Gila mahal!luas sekangkang kera je
Quote fishcracker 17-8-2016 10:11 PM
seluas bilik maid kat singapore nun
Quote Joannalee 17-8-2016 10:56 PM
Mcmane nk hidup kecik mcmtu..
Quote ALWAYSREDA 18-8-2016 10:35 AM
Tak jadi mustahil, perkara yg sama jadi pada malaysia pada masa akan datang...memandangkan peningkatan nilai harga hartanah yang melebihi 70% setiap prasa penilaian hartanah dan tak mampu memiliki rumah sendiri.
Quote puanlina 18-8-2016 11:42 AM
Bersyukur dengan apa yang kita ada..

bila mcm ni pandai pula kita kata... hartanah sana mahal.. patutla gitu harga nya... takde pulak kita meroyan macam2. boleh pula kita terima hakikat yang kita tak boleh buat apa2.. tapi bila ada perkara gitu terjadi kat bumi kita sendiri, tak sedar diri kita menhencap macam2... betul la kata org, kita hanya pandai komplen.. dan komplen... dan komplen...
Quote kumen2 18-8-2016 02:08 PM
klu aq beli khemah je,..
Quote Kakaknanako 18-8-2016 04:00 PM
hmmm... memang kwn aku yg keje sana dah 5 tahun lagi besor dari gaji aku yg kat malaysia nie..
syukur lah malaysia kan aman lagi majuuuu..
Quote shi_jewel 18-8-2016 04:57 PM
Kalau bercita2 nk kutip buah stroberi...harap kensel je niat nk gi sana...kompom dpt bilik kecik lagi dari toilet..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041161 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top