View: 2618|Reply: 16
|
Bayar Sewa RM 1,000 Sebulan Untuk Bilik Sebesar Tandas, Pengsan!
[Copy link]
|
|
Kiri : Wartawan cuba duduk didalam tandas di bilik itu. Kanan : Pelan bilik tersebut.
Kadar sewaan bilik dan rumah di bandar-bandar adalah salah satu beban besar yang perlu dihadapi warga kota yang tidak memiliki rumah sendiri. Mana tidaknya, harga untuk sewaan bilik di bandaraya seperti Kuala Lumpur rata-rata antara RM300-RM600 untuk sebuah bilik.
Dengan pendapatan yang tidak seberapa serta ruang bilik yang kecil sudah pasti tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Baru-baru ini satu video menjadi viral di media sosial China, yang mana merakamkan proses tawar menawar seorang penyewa yang dipercayai seorang wartawan undercover untuk menyewa sebuah bilik di kota raya itu.
Apa yang mengejutkan, harga yang ditawarkan adalah HK$2,000 (sekitar RM1,000) sedangkan bilik itu cuma berukuran 155 cm x 135 cm ataupun sebesar tandas.
Difahamkan, bilik itu dilengkapi dengan tandas, tilam dan juga sinki. Antara ruang tidur dan tandas bilik itu, cuma satu kayu nipis diletakkan untuk memisahkan dua ruangan itu.
Untuk ruang simpanan pula, satu kawasan kecil disediakan di atas tempat tidur dan sebuah almari di luar bilik tersebut.
Di Hong Kong, purata gaji untuk golongan pertengahan adalah HK$14,800 (RM7,609) namun taraf hidup di sana adalah mahal. Menurut Expatistan.com, 12 biji telur ayam (bersaiz besar) di negara itu berharga HK$40 (RM 20).
Walaupun purata gaji golongan pertengahan di Hong Kong dilihat seperti "bergaji besar", tetapi bagaimana pula bagi golongan bawahan yang bergaji kecil dan sanggup berhijrah ke kota untuk mencari sesuap nasi.
Apakah pandangan anda tentang kadar sewaan bilik dan rumah di Malaysia, adakah masih berpatutan atau tidak masuk akal? Bincangkan. - CARI
Sumber : SiakapKeli, Gawker.com, expatistan.com |
|
|
|
|
|
|
|
cekik darah. kalau ada duit baik beli rumah terus dari bayar bulan2 macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
BESTNYA HIDUP DI KOTA KUALA LUMPUR ATAU KAT MALAYSIA BAWAH NAJIB.. |
|
|
|
|
|
|
|
hong kong ke? hk memang mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok kerajaan BN siap bagi rumah rakyat lagi. sewa pun murah tapi ada jugak yang x bersyukur |
|
|
|
|
|
|
|
Hartanah kat HK memang mahal atas factor keluasan tanah negaranya yang amat terhad jadi tak heran le kalau kadar sewanya juga mahal |
|
|
|
|
|
|
|
perghh..baik tido dlm keta |
|
|
|
|
|
|
|
bapak mhl! kalo sewa kt bilik stor, aku tabah lg. ni kt tandas??? huk alohh |
|
|
|
|
|
|
|
Gila mahal!luas sekangkang kera je |
|
|
|
|
|
|
|
seluas bilik maid kat singapore nun |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmane nk hidup kecik mcmtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jadi mustahil, perkara yg sama jadi pada malaysia pada masa akan datang...memandangkan peningkatan nilai harga hartanah yang melebihi 70% setiap prasa penilaian hartanah dan tak mampu memiliki rumah sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukur dengan apa yang kita ada..
bila mcm ni pandai pula kita kata... hartanah sana mahal.. patutla gitu harga nya... takde pulak kita meroyan macam2. boleh pula kita terima hakikat yang kita tak boleh buat apa2.. tapi bila ada perkara gitu terjadi kat bumi kita sendiri, tak sedar diri kita menhencap macam2... betul la kata org, kita hanya pandai komplen.. dan komplen... dan komplen... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm... memang kwn aku yg keje sana dah 5 tahun lagi besor dari gaji aku yg kat malaysia nie..
syukur lah malaysia kan aman lagi majuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bercita2 nk kutip buah stroberi...harap kensel je niat nk gi sana...kompom dpt bilik kecik lagi dari toilet.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|