CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Keindahan 'Blue Tears' Di Pulau Sembilan Mampu Buat Anda Menangis Kegembiraan

14-10-2016 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8214| Komen: 16

Tak perlu pergi jauh-jauh hingga ke luar negara, kunjungi sahaja Pulau Sembilan yang terletak di Bagan Datoh, Perak untuk mendapat pengalaman yang cukup berharga.
Pemandangan alam semula jadi di sini setanding dengan pulau-pulau terkenal seluruh dunia yang lain. Paling menarik, pada waktu malam kita dapat melihat 'Blue Tears' atau 'Blue Sands' di mana pantai tersebut seolah-olah bersinar dan mengeluarkan kilauan biru.


Menurut sumber, cahaya biru ini adalah kerana hidupan laut yang dipanggil ‘Phytoplankton’ dan ditambah pula dengan sinaran bulan. Nak ke Pulau Sembilan hanya memakan masa selama setengah jam dari Bagan Datoh dan untuk ke sana, boleh menggunakan khidmat Icestar.


Banyak tempat-tempat penginapan yang menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pengunjung di sini dan yang pasti harganya sangat berpatutan.


Pulau ini mendapat namanya kerana terdapat sembilan lagi pulau-pulau kecil di sekelilingnya, antaranya Pulau Agas, Pulau Batu Timbul, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Batutimbul Rosa Pulau Rumbia, Pulau Saga, Pulau Buluh dan Pulau Lalang.  Memang sangat cantik bersih keadaan pantainya.

Disebabkan itu, ia menjadi buah mulut orang ramai baru-baru ini sekarang menjadi salah satu destinasi pilihan utama untuk bercuti. Sesuai bagi mereka yang cintakan suasana pantai dan boleh dijadikan lokasi bulan madu yang hebat.

Signal telefon dan internet di sini agak lemah tapi sebenarnya ia adalah perkara yang baik kerana ia menjanjikan ketenangan sebab tiada siapa pun boleh mengganggu percutian anda. 

 
Sumber: FB Icestar
Makanan laut di sini memang terbaik sebab paling segar, makan pun semua isinya manis. Aktiviti wajib dilakukan di Pulau Sembilan termasuklah berenang sepuas-puasnya di dalam lautan, memancing ikan malah mencandat sotong pun boleh!

Selain itu, boleh juga pergi “island hopping “ dan “snorkeling”, dan sebelah malam pula menyanyi di sekeliling unggun api.-CARI


26

Bagus
31

Marah
27

Terkejut
48

Sedih
18

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 14-10-2016 03:18 PM
rasa nak nangis
Quote MissMamamia75 14-10-2016 03:41 PM


cun..tp mcm xde challet or hotel untuk tido..
kena berkhemah di situ la nampak gayanya..

hope..ada plan untuk build resort & challet mampu milik..

Quote epis 14-10-2016 04:33 PM
Pulau ni mmg terpencil kt perak.. xde penduduk pon.. klu nk pergi pon dgn bercamping... blue sand tu saya pernah tgk kt redang, mmg cantik..
Quote mirandanicky1 14-10-2016 05:40 PM
Cantiknyaaaaaa..tk payah nk jauh2 keluar negara bagai
Quote DeeHanania 15-10-2016 06:15 PM
Cantik blue sands
Quote RatuDunia94 16-10-2016 12:11 PM
Knp nk nangis?
Quote nut.legacy 19-10-2016 10:53 AM
cantik nye... suka post mcm ni.. mcm2 tmpt kat Malaysia kita bole explore
Quote Yoongie 22-10-2016 10:59 PM
@Blueberri suka x tmpt ni? gi sini pulak
Quote Blueberri 22-10-2016 11:07 PM
Yoongie replied at 22-10-2016 10:59 PM
@Blueberri suka x tmpt ni? gi sini pulak

nih lagi dekat, kat perak jer, tapi yg mersing tuh lagi cantik
Quote Yoongie 22-10-2016 11:09 PM
Blueberri replied at 22-10-2016 11:07 PM
nih lagi dekat, kat perak jer, tapi yg mersing tuh lagi cantik

mersing lg ok kn. blh blk kmpung skali
Quote Blueberri 22-10-2016 11:12 PM
Yoongie replied at 22-10-2016 11:09 PM
mersing lg ok kn. blh blk kmpung skali

alahai lupa lak mersing dekat dgn kg ekau ehehehehe

Yoong pilih la
Quote Yoongie 22-10-2016 11:16 PM
Blueberri replied at 22-10-2016 11:12 PM
alahai lupa lak mersing dekat dgn kg ekau ehehehehe

Yoong pilih la

dah    
Quote Blueberri 22-10-2016 11:18 PM

ada lagi tempat menarik?
Quote Yoongie 22-10-2016 11:27 PM

kat porem ni xde dh
Quote manehnya 25-10-2016 11:12 AM
hmmm.. laki aku suka sgt p mengai kt sini

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.078162 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top