CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Campak Ular: 10 Orang Termasuk Jurulatih & Pembantu APM Digantung kerja

20-10-2016 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5970| Komen: 46


sumber foto: mstar


Insiden campak ular dalam kolam ketika kem bina semangat yang viral di media sosial baru-baru ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjelaskan ianya berlaku di luar pengetahuan agensi tersebut dan juga bukan sebahagian daripada modul latihan pasukan itu.

Selain kesal dengan kejadian itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Selamat Dahalan berjanji akan menyiasat punca bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

Tambahnya lagi, seramai 10 orang termasuk jurulatih dan pembantu APM yang terbabit dalam insiden itu kini digantung tugas sehingga siasatan selesai.


Sementara itu, pihak polis telah memulakan siasatan berhubung kes penggunaan ular ketika latihan kem tersebut.  

Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Susulan itu, pihak polis sudah mengambil keterangan beberapa individu dalam siasatan kes itu yang dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Dalam pada itu, Menteri pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid, pihaknya memohon kerjasama penganjur mana-mana kem jati diri supaya menghantar modul latihan kepada pihak sekolah untuk mendapat pengesahan dan semakan daripada pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri.- CARI





22

Bagus
8

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lil_sparky 20-10-2016 11:30 AM
patut buang ja kerja tuh
Quote jaa139 20-10-2016 11:59 AM
Geram plak nengoknya
Quote ms.mango 20-10-2016 12:00 PM
eeee...geram je baca cite ni!! kalo dah perangai xsemenggah cam tu toksah disimpanlah... buang je terus.. xpun transfer la kemana2..pandai buat pandai tanggunglah! budak kecik pun nak dibuli.. mana tak banyak kes buli2 ni sbb belajo dgn org yg perangai haram jadah mcmni
Quote amyza 20-10-2016 12:06 PM
Padan muka ::
Quote awekjepun 20-10-2016 12:17 PM
Ni kes pertama atau sblm ni dh sllu buat tp tak kantoi.. xjd viral..
Quote melinda_kerr 20-10-2016 12:18 PM
gantung kerja? patut buang terus
Quote Bangku 20-10-2016 12:19 PM
Edited by Bangku at 20-10-2016 12:23 PM

Gantung kerja...baguslahhhh...Kat Rumah boleh tido..suruh je buat kerja2 cuci toilet Kat mana2..selama kena gantung kerja tu...bersihkan longkang..kalo tak pun suruh Carik ular banyak2...nak sangat ular..
Quote Peya 20-10-2016 12:24 PM
Gantung kerja je????? Gaji bjalan. Harap2 mak  bapak budak2 tu saman
Quote che_yatt 20-10-2016 12:31 PM
buang terus saja la...kesian adik- adik tu
Quote torsotiger 20-10-2016 12:33 PM
semalam punya berita ckp polis x buat tangkapan lagik sbb xde police report dr bapak bebudak mangsa ni..

kpd bapak budak2 ni pg la buat report...
Quote white_musk 20-10-2016 12:41 PM
mungkin mak bapak sumer kampong pprt tu yg x berani nk buat.
Quote cacaumerba 20-10-2016 12:49 PM
patut la berluasa kes buli dkat malaysia ni
dari pemimpin smp ke kanak2 sume dah biasa di buli
Quote Athrun.Zalaa 20-10-2016 03:31 PM
Bila nakhorom caprut dpt keje cmni la jadinya...
Quote fishcracker 20-10-2016 03:36 PM
lagi diorang suka..duk je rumah pedehal
Quote torsotiger 20-10-2016 03:39 PM
mungkin mak pak budak2 ni rasa  aktiviti camni  biasa....so xyah report
Quote akusukaq 20-10-2016 03:40 PM
gantung kerje jek ?
gaji camne ?:
Quote kucen_miang 20-10-2016 03:42 PM
white_musk replied at 20-10-2016 12:41 PM
mungkin mak bapak sumer kampong pprt tu yg x berani nk buat.

mungkin makpak tak tgk sendiri video yg viral tu. kalo tgk memang mengamuk abis.
Quote white_musk 20-10-2016 03:49 PM
kucen_miang replied at 20-10-2016 03:42 PM
mungkin makpak tak tgk sendiri video yg viral tu. kalo tgk memang mengamuk abis.

la ni mak bapak mana buleh mengamuk hal hal sekolah anak. nanti netizen marah tau.
kata netizen "kami sekolah dulu2 cikgu atau sesiapa naya kami, takkan ngadu kat ibubapa sebab nanti kena bantai berganda2"
jadi, ibubapak pun takut lah nak complaint apa apa nanti kena hencap dek netizen balik
Quote aHoi83 20-10-2016 03:50 PM
Padanla muka.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041533 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top