Insiden campak ular dalam kolam ketika kem bina semangat yang viral di media sosial baru-baru ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjelaskan ianya berlaku di luar pengetahuan agensi tersebut dan juga bukan sebahagian daripada modul latihan pasukan itu.
Selain kesal dengan kejadian itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Selamat Dahalan berjanji akan menyiasat punca bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.
Tambahnya lagi, seramai 10 orang termasuk jurulatih dan pembantu APM yang terbabit dalam insiden itu kini digantung tugas sehingga siasatan selesai.
Sementara itu, pihak polis telah memulakan siasatan berhubung kes penggunaan ular ketika latihan kem tersebut.
Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Susulan itu, pihak polis sudah mengambil keterangan beberapa individu dalam siasatan kes itu yang dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).
Dalam pada itu, Menteri pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid, pihaknya memohon kerjasama penganjur mana-mana kem jati diri supaya menghantar modul latihan kepada pihak sekolah untuk mendapat pengesahan dan semakan daripada pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri.- CARI
eeee...geram je baca cite ni!! kalo dah perangai xsemenggah cam tu toksah disimpanlah... buang je terus.. xpun transfer la kemana2..pandai buat pandai tanggunglah! budak kecik pun nak dibuli.. mana tak banyak kes buli2 ni sbb belajo dgn org yg perangai haram jadah mcmni
Gantung kerja...baguslahhhh...Kat Rumah boleh tido..suruh je buat kerja2 cuci toilet Kat mana2..selama kena gantung kerja tu...bersihkan longkang..kalo tak pun suruh Carik ular banyak2...nak sangat ular..
la ni mak bapak mana buleh mengamuk hal hal sekolah anak. nanti netizen marah tau.
kata netizen "kami sekolah dulu2 cikgu atau sesiapa naya kami, takkan ngadu kat ibubapa sebab nanti kena bantai berganda2"
jadi, ibubapak pun takut lah nak complaint apa apa nanti kena hencap dek netizen balik