CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Badan Banyak Angin, Perut Sebu? 4 Kaedah Ini Dapat Melegakannya

27-10-2016 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14064| Komen: 5|Original author: Oleh: Maly Rosli

Tak selesa. Serba tak kena je badan ini apabila badan banyak angin. Kembung perut lah, sakit-sakit badan, tidak selesa dan berasa lesu. Masalah angin terlalu banyak dalam badan juga boleh membuat seseorang berasa tertekan.


Masalah angin dalam badan ini selalunya berpunca daripada udara yang ditelan tanpa disedari. Ia juga boleh berlaku apabila proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar tidak berlaku seperti sepatutnya.

Jangan risau! Masalah ini dapat diatasi jika anda mengamalkan kaedah-kaedah berikut.


1. Jaga Pemakanan
Makanan menghasilkan kandungan gas berbeza bergantung kepada individu itu. Elakkan dari mengambil makanan yang menghasilkan angin seperti:

- Raffinose yang terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks
- Fruktosa yang terkandung dalam bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli, dan kubis.
- Laktosa atau gula semula jadi pula terdapat dalam susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.




2. Pengambilan Ubatan
Ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan dapat membantu meredakan ketidakselesaan dan masalah angin. Manakala, enzim penghadaman seperti laktase membantu penghadaman karbohidrat. Ubatan ini boleh didapati di farmasi terdekat. Tetapi JANGAN lupa untuk dapatkan khidmat nasihat doktor!


3. Kurangkan Menelan Udara
Kurangkan mengambil gula-gula serta gulu-gula getah terutama mereka yang mengalami masalah sendawa kronik. Ambil masa anda untuk mengunyah makanan dan KURANGKAN bercakap semasa makan. 

4. Berurut
Teknik urutan yang betul dapat membantu mengeluarkan angin dalam badan seseorang. Tambahan pula, anda akan berasa lebih lega selain berasa syok dan terbuai-buai apabila diurut. Salah satu cara, urut tapak kaki (refleksologi), nanti keluarlah angin dengan cara sendawa. 

Sumber foto: Carian Google

Penulis pula lebih selesa mengambil segelas air suam yang dicampur dengan hirisan halia atau halia yang ditumbuk. Sekejap sahaja dah boleh rasa efek dia. Ada juga orang yang lebih selesa mengambil Eno yang dijual dalam paket-paket kecil itu.  Bagaimana pula dengan anda? - CARI

36

Bagus
20

Marah
27

Terkejut
33

Sedih
17

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (161 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 27-10-2016 06:31 PM
selalu je kembung pas makan. so, makan xbtol la ni?
Quote siskepoh 27-10-2016 06:45 PM
sis sebu sebab banyak sangat telan makanan sampi meboyot
Quote alesandra 28-10-2016 09:31 PM
aku urut  bukan aku yg sendawa tapi org yg mengurut pulak yg beriya sendawa keluar angin
Quote zie_indah 29-10-2016 11:05 PM
Saya selalu kena angin ni..mmg x selesa....
Quote delisha09 30-10-2016 02:35 PM
sy klu angin minum susu panas campur halai...insyallah menjadi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.030897 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top