View: 5467|Reply: 5
|
Badan Banyak Angin, Perut Sebu? 4 Kaedah Ini Dapat Melegakannya
[Copy link]
|
|
Tak selesa. Serba tak kena je badan ini apabila badan banyak angin. Kembung perut lah, sakit-sakit badan, tidak selesa dan berasa lesu. Masalah angin terlalu banyak dalam badan juga boleh membuat seseorang berasa tertekan.
Masalah angin dalam badan ini selalunya berpunca daripada udara yang ditelan tanpa disedari. Ia juga boleh berlaku apabila proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar tidak berlaku seperti sepatutnya.
Jangan risau! Masalah ini dapat diatasi jika anda mengamalkan kaedah-kaedah berikut.
1. Jaga Pemakanan
Makanan menghasilkan kandungan gas berbeza bergantung kepada individu itu. Elakkan dari mengambil makanan yang menghasilkan angin seperti:
- Raffinose yang terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks
- Fruktosa yang terkandung dalam bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli, dan kubis.
- Laktosa atau gula semula jadi pula terdapat dalam susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
2. Pengambilan Ubatan
Ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan dapat membantu meredakan ketidakselesaan dan masalah angin. Manakala, enzim penghadaman seperti laktase membantu penghadaman karbohidrat. Ubatan ini boleh didapati di farmasi terdekat. Tetapi JANGAN lupa untuk dapatkan khidmat nasihat doktor!
3. Kurangkan Menelan Udara
Kurangkan mengambil gula-gula serta gulu-gula getah terutama mereka yang mengalami masalah sendawa kronik. Ambil masa anda untuk mengunyah makanan dan KURANGKAN bercakap semasa makan.
4. Berurut
Teknik urutan yang betul dapat membantu mengeluarkan angin dalam badan seseorang. Tambahan pula, anda akan berasa lebih lega selain berasa syok dan terbuai-buai apabila diurut. Salah satu cara, urut tapak kaki (refleksologi), nanti keluarlah angin dengan cara sendawa.
Sumber foto: Carian Google
Penulis pula lebih selesa mengambil segelas air suam yang dicampur dengan hirisan halia atau halia yang ditumbuk. Sekejap sahaja dah boleh rasa efek dia. Ada juga orang yang lebih selesa mengambil Eno yang dijual dalam paket-paket kecil itu. Bagaimana pula dengan anda? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu je kembung pas makan. so, makan xbtol la ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sis sebu sebab banyak sangat telan makanan sampi meboyot |
|
|
|
|
|
|
|
aku urut bukan aku yg sendawa tapi org yg mengurut pulak yg beriya sendawa keluar angin |
|
|
|
|
|
|
|
Saya selalu kena angin ni..mmg x selesa.... |
|
|
|
|
|
|
|
sy klu angin minum susu panas campur halai...insyallah menjadi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|