CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Eina Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Afiq

5-8-2013 03:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26084| Komen: 152



"Kalau boleh Eina tak mahu lagi dikaitkan dengan Afiq. Kalau ada pertanyaan mengenai diri dia, tanyalah sendiri pada tuan punya badan. Eina agak serik setelah apa yang berlaku sebelum ini," begitulah luahan artis yang sedang meningkat naik, Eina Azman mengenai kontroversi yang pernah berlaku antara dirinya dan ibu Afiq serta aktor, Afiq Muiz sebelum ini.

Bagaimanapun jelas Eina, hubungannya dengan Afiq masih baik sehingga ke hari ini, namun dia tidak mahu lagi masuk campur mengenai hal-hal yang berlaku.

"Eina kata begitu bukan bermakna hubungan Eina dengan Afiq tidak baik lagi. Tetapi Eina sedih apabila ada di antara kenyataan Eina di putar belit dan sudahnya Eina yang nampak bersalah serta teruk di hentam.

"Eina akui ada kata-kata Eina kadangkala terikut perasaan. Eina pun masih muda, kadangkala apa yang Eina katakan tidak sama dengan apa yang Eina maksudkan tetapi orang mudah salah faham dan menghukum Eina," katanya kesal.

Eina berkata, dia juga tidak mahu kelihatan seperti pengurus Afiq apabila ada pihak yang menghubunginya untuk mengatur sesi fotografi bersama Afiq.

"Eina tak mahu nanti orang kata Eina lebih-lebih sampai nak jumpa Afiq pun kena telefon Eina dulu. Jadi jika ada apa-apa pertanyaan atau mahu buat sesi fotografi, hubungilah Afiq terus," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hasrat untuk menyaman ibu Afiq, seperti yang pernah diluahkannya sebelum ini.

Menurut Eina, biarpun ada pihak teruk menghentam dirinya, namun dia amat bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa yang teguh memberi sokongan terhadapnya.

"Alhamdulillah kerana masih ada yang sayang Eina. Dalam pada ada yang marah-marah, ada juga yang memberi sokongan. Kehidupan Eina pun baik sahaja sekarang.

"Begitu juga dengan karier Eina, tidak ada apa-apa yang terjejas. Eina percaya penggiat seni, mereka tahu bezakan hal peribadi dan kerja, apatah lagi Eina tidak mempunyai masalah dalam memberi komitmen," katanya yang akan muncul dalam program Melodi Raya dan Galaksi sempena Lebaran ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beatgirlX 5-8-2013 10:46 AM
hurm..apa apa la dik non oiii
Quote masnona 5-8-2013 10:50 AM
ek eleh betul eina senduk ni!
Quote sitot 5-8-2013 10:51 AM
muka dia macam boleh jadi adik bradik norsham rahmad sebab bentuk muka nak sama (panjang)
Quote Ila_02 5-8-2013 10:53 AM
Patutnya daripada awal-awal lagi tak payah masuk hal ehwal urusan keluarga si Afiq tu Eina oiii
Quote umie_aziz 5-8-2013 10:56 AM
cehhh.. alasan masih muda.. nmpk sgt kurang didikan..
Quote anaktoyol 5-8-2013 10:57 AM
.."di sekolah saya selalu di buli oleh mereka yg tak berpuashati kerana saya terlalu cantik"....puuuiiii
Quote kadijot 5-8-2013 10:57 AM
blah la ko...sendu sangat
Quote jlo 5-8-2013 10:58 AM
dah abeh porak peranda ko keje kan famili tu...hmmm...

dia ni anak sedare juliza adlizan..
Quote honda_jazz 5-8-2013 11:01 AM
ini semua poyo!!!
Quote berun 5-8-2013 11:02 AM
wuueekkk! eina busuk!
Quote zehra2 5-8-2013 11:02 AM
dah takde job ke?


Quote chetaton 5-8-2013 11:02 AM
ade aku kisahh
Quote slipar_jepon 5-8-2013 11:04 AM
statement raih simpati puih!
Quote berun 5-8-2013 11:06 AM
zehra2 posted on 5-8-2013 11:02 AM
dah takde job ke?

xda la tu.. shell n petronas nk pkai cashire ;)
Quote zehra2 5-8-2013 11:10 AM
berun posted on 5-8-2013 11:06 AM
xda la tu.. shell n petronas nk pkai cashire ;)

cashier tu lah kerja yg paling mencabar. kalau silap kira duit, potong gaji.'
dia ni tak berapa pandai kira2 laa.. kan ke dia belajar guna ipad sebab selalu tak masuk kelas.

sejujurnya, kerja sbg artis ni, kalau pun ada talent tahap ke langit, tp kalau tak tau hormati isu2 masyarakat ni, takde peminat,
mmg boleh mati karier. sapa nak ambik berlakon kalau takde permintaan.

Quote reenz013 5-8-2013 11:12 AM
wateverlah...
Quote Lara2584 5-8-2013 11:15 AM
anaktoyol posted on 5-8-2013 10:57 AM
.."di sekolah saya selalu di buli oleh mereka yg tak berpuashati kerana saya terlalu cantik"....puuu ...

Sampai skang, tak boleh dgn statement eeina yg satu ni dlm suratkhabar
Quote 311gurl 5-8-2013 11:17 AM
sekolah mana yg dia pergi ni sampai budak paling cantik jatuh ke tgn dia? Last edited by 311gurl on 11-8-2013 05:46 PM

Quote batman_2007 5-8-2013 11:20 AM
Sila lah cri kerja setaraf dgn iQ sheols like GRO or something

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.049897 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top