CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tumbuk-Tumbuk Dah Siap, Sambal Totok Jawa Pedas Memukau

13-1-2017 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19275| Komen: 37|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bagi mereka yang berketurunan Jawa, sudah pasti biasa dengar malah mungkin Sambal Totok menjadi antara sambal kegemaran selain sambal kicap dan sambal belacan.


Menurut sejarah asalnya, sambal ini dipanggil sebegitu kerana 'totok' dalam bahasa Jawa membawa maksud tumbuk. Bagi menyediakannya, bahan-bahan perlu di'totok' menggunakan lesung batu.

Foto: Tiffinbiru
Resipi ini adalah antara yang termudah, jom tengok!

Bahan-Bahan:
Segenggam ikan bilis 
5 biji cili merah (lada hidup), kerat pendek cuci dan toskan
10 biji cili padi siam (cili vietnam), warna merah, cuci dan toskan

5 biji bawang merah kecil atau 1 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi

Bahan tambahan, jika suka:
1 biji bawang putih - digoreng
1 inci belacan - dibakar hingga harum
Jangan campurkan kedua-dua bahan tambahan kerana mahukan rasa asli sambal totok. 

Cara-cara:
1. Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Goreng pulak bawang merah kecil atau bawang besar tadi hingga layu, angkat dan toskan. Kemudian goreng cili merah dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan.
2. Tumbuk kesemuanya, termasuk masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
3. Perahkan limau kasturi, gaul rata.
4. Hidang bersama nasi panas dan lauk-lauk lain kegemaran anda.

Bilis goreng boleh digantikan dengan pelbagai jenis ikan goreng.

Foto: www.rasa.my
Wah, memang mudah, sesuai untuk mereka yang sibuk kerana ia boleh menjimatkan masa memasak anda. Selamat mencuba!

Kredit Resepi: Tiffinbiru -CARI
17

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
32

Sedih
20

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainrein 13-1-2017 01:00 PM
Ai like sambal totok.  Just makan dengan nasi panas pun da cukup.
Quote siputsedut 13-1-2017 01:09 PM
Aku first dpt respi sambal totok ni dr blogger org jawa..sedap hoiiii sambal totok ni...
Quote Nenasketum 13-1-2017 01:19 PM
Aku tak pernah makan tapi rupa dia macam kalau makan seperiuk nasik abis diluar kesedaran. Tengkiu tt
Quote Lolalala 13-1-2017 01:33 PM
abah ai selalu buat ikan bilis, bawang besar/merah, bawang putih, cili api, belacan blend sekali. kacau atas api yg sederhana sampai garing. letak la garam,gula sesedap rasa dgn asam keping. sedappppp
Quote CardiGans85 13-1-2017 03:20 PM
Teringat plak dl ms kecil slalu buat sambal ni byk2 smbil mkn dgn ulam buah putat. Laju je mnambah nasik.
Quote cik-jaja 13-1-2017 05:27 PM
masakan jawa sodap!
Quote drivethru 13-1-2017 07:50 PM
Rindu sambal totok mak......
Quote kimchipedas 14-1-2017 12:10 AM
Wah mudah n mesti sedap sb pedas kan
Quote princessjay 14-1-2017 05:28 AM
Sambal totok ni sedap sgt,mkn dgn ns pns pn cukup dh.. esok nye klu xhbs blh gune buat rencah ns goreng.. resepi simple but sedap
Quote meklalala 16-1-2017 09:46 AM
meleleh air liuq tau!
Quote ctsueraya 16-1-2017 02:22 PM
alamak sedapnyer nampak..kalau makan dgn nasi panas2 ni
confirm terangkat
Quote yayangmama 16-1-2017 03:49 PM
saya buat ikut resepi nenek husb (husb panggil sambal krosak) gitu lah sebutan dia

ikan bilis, bawang besar, cili padi....perasa-garam

masa cuti sekolah, kakak 1 famly dtg...saje buat sambal ni buat tmbh lauk

abang ipar org kelantan, selama ni dia kureng sikit selera makanan johor

tapi bila da blk kl...kakak minta cara nk buat sambal tu...hehehe...mmg power
Quote abgsallehsado 17-1-2017 04:49 PM
ya allah nikmatnye kalau dpt makan nasi dgn sambal totoq

Quote mrsafif 18-1-2017 02:54 PM
makan nasi panas n ikan goreng selar...perghh sedapnye.

ditambah plak dgn sayur bening .
Quote faztee 18-1-2017 04:18 PM
yup nmpk menyelerakan..mkn ngan ns panas+mskn kampung..mabeles!!
terliur weh..lapar
Quote delia_ni 19-1-2017 12:28 PM
kalau tukar ikan bilis dengan ikan kembung goreng pun sedap..
ikan kembung digoreng pas tu asingkan tulang..
isi ikan tu tumbuk sekali ngn lada n bawang...

satu lagi tuko ikan bilis / ikan kembong tu ngn tempe goreng..
tp x yah buh limau.. pehhh makan ngn lauk bening bayam.. nasi panas...
sila la abaikan diet.. hi3
Quote fishcracker 22-1-2017 01:29 PM
nasi tak cukup sesenduk kalau ade sambal..ade lagi satu sambal guna ikan bilis,bawang putih,bawang besar,belacan n lada kering..goreng semua n tumbuk/blend kering,sambal yang ni sedap lawankan sayur lemak
Quote lnakass 24-1-2017 04:15 PM
Dah try buat. Mmng sedap.
Quote cahayamataku 3-2-2017 01:08 AM
kalau makan sambal totok ni mak mertua lalu sebelah pun tak perasan chuols

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.229940 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top