CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Serius Comel, Peminat Tegar Kartun Wajib Datang Ke Hello Kitty Gourmet Cafe, PJ

17-1-2017 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7804| Komen: 25|Original author: Oleh: Myra Rozi

Comel sangat sampai sayang nak makan, itu antara perkara pertama yang terlintas di fikiran bila berkunjung ke Hello Kitty Gourmet Cafe ini.

Terletak di tingkat bawah, Oasis Oasis Boulevard, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, kafe ini menawarkan lebih dari 40 sajian yang bertemakan kartun Hello Kitty.

Foto: FB Hello Kitty Gourmet Cafe
Bermula dari sajian pembuka selera hinggalah ke pencucui mulut, semuanya disajikan berdasarkan karakter kartun kegemaran kanak-kanak itu.

Menu yang ditawarkan sangat dijamin kebersihan dan khasiatnya kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa sebarang penggunaan bahan kimia dan pewarna tiruan.


Foto: FB Hello Kitty Gourmet Cafe
Sajian utama dan wajib untuk dirasa bagi setiap orang yang berkunjung di sini adalah Hello Kitty Big Breakie kerana hidagan ini adalah hasil dari kombinasi unik roti, sayur-sayuran, telur, kacang panggang, sosej, kepingan ayam, dan herba segar. 

Foto: FB Hello Kitty Gourmet Cafe
Selain itu, menu lain termasuk lasagna ayam, pasta ayam berkrim cendawan liar, Kitty hides’n seeks, krim wafer, coklat panas, dan banyak lagi. 

Jom jamu mata tengok menu lazat yang dihasilkan dari bahan-bahan segar dan berkualiti ini.

Foto: FB Hello Kitty Gourmet Cafe
Mesti dah lapar dan tergoda tengok menu kan? Jom ramai-ramai serbu kafe ini.

Jangan risau dengan harga kerana menu paling mahal di sini pun tidak melebihi RM40 satu hidangan. Pastinya pengalaman anda di sini sangat berharga dengan rasa makanan yang sangat enak dan berbaloi-baloi.

Hello Kitty Gourmet Cafe (next to Caffe Bene)
Lot 083.F.6, Oasis Boulevard
Ground Floor Sunway Pyramid
Tel: 03-5612 7703
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10am to 11pm)
FB: Hello Kitty Gourmet Café
Instagram: @hellokittygourmetcafe
-CARI
19

Bagus
25

Marah
21

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 17-1-2017 11:39 AM
Comelnya! Ni tempat lepak dengan kawan gegurls ni
Quote Artemesiaa 17-1-2017 11:47 AM
Tak gaduh lagi nak gi cafe Hello Kitty kat overc sebab kat Malaysia pun dah ada dah
Quote embun 17-1-2017 11:51 AM
sayang nak makan...
comel sangat..
Quote bianglala 17-1-2017 12:02 PM
macam eksklusif jugak cafe ni.. takyah pergi jejauh dah...  
Quote AlienGurlz 17-1-2017 12:04 PM
Wow. Nampak sedap.
Quote Cik_Andak 17-1-2017 01:45 PM
Comelnya....hiasan ngn makanan nampak menarik...
Quote evlinne 17-1-2017 01:48 PM
Comelnyaaa tapi nanti mesti ramai bbnu mbnu hipstur menjemah kat sini. Haihhh
Quote pocongkiutss 17-1-2017 02:03 PM
Dah lama dh pun bukak kan..semenjak si padayappa dtg kl hr tu.yg dia naik limo hello kitty yg sepatutnya amber chia naik ke perasmian kafe hello kitty ni
Quote chinta89 17-1-2017 02:12 PM
comelnya
Quote DeeHanania 17-1-2017 02:18 PM
Alahaii...comel yer
Quote Apai90 17-1-2017 02:26 PM
Bukan dah lama ke kafe ni dah ada kat situ..  Kenapa skrg baru nak promote    Dua tahun lepas dah pergi..  Waffle Kitty dgn churros dia sedap..
Quote pearl.silver 17-1-2017 02:40 PM
Best...
Tp teringat kat satu cat cafe ni..
Dlm ig gambo cam best2 je..
Sekali bila dah pegi, hauk sungguh..
Menu tulis lain, yg dtg benda lain
Suasana dlm kedai beza betul dgn gambar dlm ig..siap ada artis datang gitu..
Quote seri_mawr 17-1-2017 03:24 PM
kawan aku buat birtday anak dia kat sini tahun lepas...
...kawan2 yang datang ckp x best...manager nya berlagak...
Quote siskepoh 17-1-2017 05:48 PM
macam comel boleh le cuba nanti. tp sembang je nnt tak terpegi pun huhu
Quote mehmet 17-1-2017 06:05 PM
Staffs sangat lah ok. Service bolehlah. Itu Supervisor Lelaki sungguh cibai.
Quote mehmet 17-1-2017 06:08 PM
I suka Tea Time. Actually, pricey but boleh complain bila dapat cake yg keras, dapat lah cake baru. Walaupun bukan sama cake, janji Cake.
Quote jojoba_beads 17-1-2017 06:09 PM
Lebih kurang sama mcm kt Odaiba, tokyo.

Kedai hello tities...
Quote cik-jaja 17-1-2017 06:16 PM
ololo..xsanggup nk mkn..hehe
Quote CrowneGlory 18-1-2017 04:39 PM
terus mengimbau zmn kanak2 dulu... stationeries mesti nk hello kitty

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.148339 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top