Comel sangat sampai sayang nak makan, itu antara perkara pertama yang terlintas di fikiran bila berkunjung ke Hello Kitty Gourmet Cafe ini.
Terletak di tingkat bawah, Oasis Oasis Boulevard, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, kafe ini menawarkan lebih dari 40 sajian yang bertemakan kartun Hello Kitty.
Foto: FB Hello Kitty Gourmet Cafe
Bermula dari sajian pembuka selera hinggalah ke pencucui mulut, semuanya disajikan berdasarkan karakter kartun kegemaran kanak-kanak itu.
Menu yang ditawarkan sangat dijamin kebersihan dan khasiatnya kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa sebarang penggunaan bahan kimia dan pewarna tiruan.
Foto: FB Hello Kitty Gourmet Cafe
Sajian utama dan wajib untuk dirasa bagi setiap orang yang berkunjung di sini adalah Hello Kitty Big Breakie kerana hidagan ini adalah hasil dari kombinasi unik roti, sayur-sayuran, telur, kacang panggang, sosej, kepingan ayam, dan herba segar.
Foto: FB Hello Kitty Gourmet Cafe
Selain itu, menu lain termasuk lasagna ayam, pasta ayam berkrim cendawan liar, Kitty hides’n seeks, krim wafer, coklat panas, dan banyak lagi.
Jom jamu mata tengok menu lazat yang dihasilkan dari bahan-bahan segar dan berkualiti ini.
Mesti dah lapar dan tergoda tengok menu kan? Jom ramai-ramai serbu kafe ini.
Jangan risau dengan harga kerana menu paling mahal di sini pun tidak melebihi RM40 satu hidangan. Pastinya pengalaman anda di sini sangat berharga dengan rasa makanan yang sangat enak dan berbaloi-baloi.
Hello Kitty Gourmet Cafe (next to Caffe Bene)
Lot 083.F.6, Oasis Boulevard
Ground Floor Sunway Pyramid
Tel: 03-5612 7703
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10am to 11pm)
FB: Hello Kitty Gourmet Café
Instagram: @hellokittygourmetcafe
-CARI
|