CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Galak Rakyat Tambah Anak Kedua, China Mahu Beri Insentif

1-3-2017 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4196| Komen: 46

Bagi menggalakkan rakyat memiliki anak kedua, kerajaan China sedang mempertimbangkan untuk memberi insentif wang tunai.

Ini kerana berdasarkan tinjauan mendapati kebanyakan keluarga memilih melahirkan seorang anak kerana masalah kewangan.


Memetik laporan akhbar China Daily, langkah itu diumumkan Timbalan Menteri di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Perancangan Keluarga, Wang Peian sabtu lalu.

Setahun selepas China mengeluarkan undang-undang baru membenarkan keluarga memiliki dua anak, kadar kelahiran pada tahun 2016 mencipta rekod dengan 17.87 juta bayi dilahirkan berbanding 1.3 juta tahun sebelumnya.

Ia merupakan kadar kelahiran tertinggi dalam masa 15 tahun.

Menurut laporan Bloomberg, dasar itu juga membolehkan 17 juta tambahan kelahiran menjelang 2020, dan menambah 30 juta pekerja pada 2050.

Bagaimanapun, dalam tinjauan yang dibuat pada 2015, semakin jelas 60 peratus ibu bapa di China tidak mahu melahirkan anak kedua kerana masalah kewangan.- CARI


sumber foto: China Daily

8

Bagus
15

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 1-3-2017 02:08 PM
dcruins replied at 1-3-2017 01:52 PM
hari tu ada aku tonton documentary dari station TV Japan NHK versi bahasa inggeris, dia cover tentan ...

Yang bagus tentang pemerintahan komunis ialah kerajaan depa buat apa-apa tanpa sebarang bantahan daripada pihak pembangkang.
Cuba negara demokrasi buat, mesti kedengaran isu-isu hak asasi rakyat dimainkan.

Tapi pemerintahan komunisme mungkin bagus juga untuk sesebuah negara besar seperti China. Disebabkan sistem tersebut, China mampu membangun dengan pesat.
Quote munahjolie 1-3-2017 02:08 PM
wah banyak duit sampai bagi duit. Kiranya nanti rakyat prc dpt brim lah ni. Huhu
Quote gigahertz 1-3-2017 02:09 PM
dcruins replied at 1-3-2017 05:52 AM
hari tu ada aku tonton documentary dari station TV Japan NHK versi bahasa inggeris, dia cover tentan ...

aku x paham. rakyat dh 1.3billion kenapa nk tambah lagi?
Quote spiderman80 1-3-2017 02:09 PM
munahjolie replied at 1-3-2017 02:08 PM
wah banyak duit sampai bagi duit. Kiranya nanti rakyat prc dpt brim lah ni. Huhu

Ada beberapa buah negara lain buat macam tu seperti Singapura.
Quote spiderman80 1-3-2017 02:11 PM
gigahertz replied at 1-3-2017 02:09 PM
aku x paham. rakyat dh 1.3billion kenapa nk tambah lagi?

Negara China sedang menuju ke arah negara tua dalam masa terdekat dan impaknya tersangat besar.
Quote spiderman80 1-3-2017 02:12 PM
Negara India pula tak menghadapi masalah ini sebab mereka ramai rakyat yang muda.
Quote spiderman80 1-3-2017 02:13 PM
China dikatakan akan terperangkap dalam 'middle income trap' atau menjadi tua sebelum sempat menjadi kaya.
Quote spiderman80 1-3-2017 02:15 PM
dcruins replied at 1-3-2017 02:14 PM
Tak derrr beza banyak pun cara pemerintahan mereka sekarang banding zaman Emperor mereka dulu, sam ...

Nama sistem saja berlainan.  
Quote gigahertz 1-3-2017 02:21 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 06:11 AM
Negara China sedang menuju ke arah negara tua dalam masa terdekat dan impaknya tersangat besar.

apa impaknya?
Quote spiderman80 1-3-2017 02:21 PM
dcruins replied at 1-3-2017 02:17 PM
ya....tak der beza banyak pun, cuma President tak boleh kawin lebih jerrrr beza dia.

Haha      
Quote spiderman80 1-3-2017 02:25 PM
gigahertz replied at 1-3-2017 02:21 PM
apa impaknya?

Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab  tenaga pekerja semakin berkurangan dan impaknya sangat besar pada ekonomi China yang besar tu.

Lagipun China merupakan antara beberapa negara di dunia sekarang yang sedang menghadapi situasi '4-2-1' di mana seorang anak terpaksa menyara dua ibubapa dan empat datuk dan nenek.

Manalah anak muda mampu menyara keluarga besar camtu. Belum lagi nak sara isteri dan anak.
Quote gigahertz 1-3-2017 02:51 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 06:25 AM
Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab   ...

biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya?
Quote spiderman80 1-3-2017 02:56 PM
gigahertz replied at 1-3-2017 02:51 PM
biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya?

Spidey pun terkejut apabila terbaca berita ini beberapa hari lepas.
Tapi tak pelik pun,  Gigahertz sebab dah terlalu lama sistem satu keluarga satu anak di China dan jangka hayat hidup rakyat China pun agak panjang.
Jadi impaknya sangat jelas kelihatan hari ini.  Seorang anak muda dalam 20an atau awal 30an menyara kedua ibubapa dan 4 lagi datuk nenek.
Pasal tu istilah '4-2-1' diberikan oleh penulis artikel yang Spidey baca hari tu.
Quote spiderman80 1-3-2017 03:15 PM
gigahertz replied at 1-3-2017 02:51 PM
biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya?

Ni antara link dari Internet yang Spidey jumpa.
alexatsintolas.weebly.com/the-4-2-1-problem.html
Quote WhiskeyScotch 1-3-2017 03:24 PM
Bercerita mengenai polisi anak satu ni teringat dekat kes Feng Jianmei.

Baguslah sekarang polisi anak satu ni telah dirombak. Kalau tak, senasiblah kau dengan Feng JIanmei.

Quote sharlenetexas 1-3-2017 03:44 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 02:08 PM
Yang bagus tentang pemerintahan komunis ialah kerajaan depa buat apa-apa tanpa sebarang bantahan d ...

dari kampung masuk bandar bawak perangai pprt. ada duit lebih boleh naik kapal terbang. tunjuk pd dunia diorang berak merata. kerajaan china ada ajar tak manners & etiquette?
Quote sharlenetexas 1-3-2017 03:51 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 02:25 PM
Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab   ...

indialah yg ramai org sumber tenaga buruh. atau belah2 asia tenggara mcm vietnam.
Quote gigahertz 1-3-2017 04:04 PM
spiderman80 replied at 1-3-2017 06:56 AM
Spidey pun terkejut apabila terbaca berita ini beberapa hari lepas.
Tapi tak pelik pun,  Gigaher ...

China malaysia pun tak nak ramai anak kan? jarang tgk kaum china malaysia anak 5 orang. max 3.

salah satu sebab faktor ekonomi dan kewangan.
Quote spiderman80 1-3-2017 04:50 PM
sharlenetexas replied at 1-3-2017 03:51 PM
indialah yg ramai org sumber tenaga buruh. atau belah2 asia tenggara mcm vietnam.

Buat masa ini China masih merupakan negara dengan tenaga buruh teramai.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060903 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top